Tanah kubur minggu ini mengetengahkan mengenai kisah seorang lelaki yang menjadi anak ikan kepada datin sebagai sumber pendapatannya.
Lelaki ini telah digoda dengan kemewahan diberikan oleh seorang datin yang kesunyian.
Sebagai balasan, beliau perlu menjadi anak ikan kepada datin ini.
Dalam masa yang sama beliau juga telah menghalau kekasihnya keluar dari rumahnya yang selama ini tinggal bersama.
Akibat kemewahan yang diberikan, beliau sanggup berhenti kerja.
Dalam masa yang sama beliau tetap berlakon baik di depan maknya yang merupakan ibu tunggal. Dimana beliau sentiasa memberikan duit dan barang kemas yang selalu mendapat pujian dari maknya yang merasakan dirinya beruntung mendapat anak sepertinya.
Akhirnya beliau memutuskan hubungan dengan datin tersebut setelah segala harta dikikis.
Pada suatu hari, bekas kekasihnya datang ke rumah bersama seorang bayi dan mengaku bahawa ini anak yang hasil zina dengannya. Tetapi beliau menafikan itu anaknya kerana malu dengan maknya sendiri.
Tiba-tiba beliau terjatuh semasa berjalan dan terus meninggal dunia.
Semasa dikapannya, kulit mukanya mengelupas dan menyukarkan orang lain menguruskan jenazahnya. Kain kapan kotor dengan darahnya.
Semasa ingin dikebumikan, segara tidak sengaja, jenazahnya tergelincir jatuh ke dalam liang lahad.
Bicara Bro : Carilah rezeki yang halal dan jangan sesekali tipu ibubapa anda.
Kepada dato’ diluar sana. Jangan sekali lupa kepada datin-datin anda ek :)
Fuh! Banyak konflik citer nih.. Anak ikan ni biasa mat-mat hensem jer.. Muka pecah rumah tu takde la kot jadi begitu..huhu3
Bro rasa, muka mu ade harapan menjadi pilihan mak datin..
hensem
Untong la jd anak ikan
sedihnye..tp kn kisah TANAH KUBUR ni mmg mmbawa keinsafan..
Sebab itu bro seronok tengok dan kongsikan di blog bro :)
Hendak cari duit dengan mudah hingga melupakan halal dan haram.
If nak cari rezeki untuk keluarga dan anak-anak, halal haram perlu kita fikirkan
Alaaa ruginya tak tgk.. asyik terlepas jer.. :(
Ish Nurul nie… kena dok dengan bro kot baru tak miss cite2 nie
duniawi… ish3..
Biasa la tue deqnoor…
Now dah ramai perempuan berkerjaya.. tetapi kesunyian.. ini yang buat ade sesetengah lelaki mengambil kesempatan
harap harap kita jauhkan…
cari lah duit halal..
yaa, sy ada tgk episod yg ni..dia seorg anka yg sgt baik syg mak dia, tp sygnya dia tipu mak dia, skandal ngn datin, hasilkan ank zina pastu suruh gugurkan pulak..Nauzubillah..smga kta semua djauhkan dr perkara camtu..
cerita ni bnyak bagi pengajaran kat kita di dunia ini..ambil iktibar dari kejadian2 yang diceritakan..
carilah rezeki yang halal..