Bro ingin memperkenalkan beberapa hidangan yang Bro dan keluarga nikmati di sTREATs Restaurant and Bar sewaktu menginap di Ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park awal tahun baru tempoh hari.
Hidangan ini disediakan khas oleh Chef Ahmad Haidzir, selaku ketua Chef disini.
Antara hidangan yang disajikan kepada kami :-
Seafood Spaghetti Aglio e Oglio – RM34
Kepada peminat Spageti dan makana laut.
Nikmati spageti yang ditumis bersama makanan laut segar (kepah dan udang) dimasak bersama bawang putih yang dicincang, digaul bersama minyak zaitun dan emping cili kering.
Smoked Chicken Caeser Salad – RM20
Salad Romaine, tomato ceri, croutons, keju parmesan yang diparut, digaulkan bersama dengan ayam salai yang dicincang.
Marinated Lamb Rack Grilled – RM58
Lamb Rack yang diperap dan dipanggang dengan sempurna. Dihidangkan bersama sayur-sayuran segar dan kentang dengan pilihan sos lada hitam ataupun sos cendawan.
The Ultimate Peri Peri Burger – RM12.99
Patty ayam dan daging lembu buatan sendiri dipanggang dan diletakan keju cheddar yang cair diatasnya. Diapit di antara roti bijan bersama dengan Onion Rings, tomato. salad segar dan sos peri-peri.
Bersama Chef Ahmad Haidzir dimalam tahun baru 2015. Terima kasih Bro ucapkan kepada beliau kerana sudi melayan karenah kami sekeluarga.
Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan Ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park untuk layanan yang diberi sewaktu kami menginap disini.
**************************
sTREATs Restaurant and Bar @ Ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park
Kompleks Metro Pudu (Metro Mall),
1,Jalan Metro Pudu 2,
Fraser Business Park,
Kuala Lumpur 55200, Malaysia
No tel : 03-9232 8688 ext 5505 / 5105
Fuhh… selera tengok hidangan2 tu.. mmg kena singgah satu masa nanti ni.. menarik.. :)
Memang kelas menunya. :)
pelik bebenor nama spagheti dia..hahah