Tidak dinafikan setiap orang mempunyai egonya yang tersendiri.
Ada yang jelas kelihatan, ada juga yang disampai secara halus tetapi cukup mendedahkan sisi ego mereka.
Dengan orang seperti ini, elok jangan cabar keegoan mereka dengan ego anda. Nescaya tiada kebaikan mahupun penyelesaian yang baik akan diperolehi.
Lebih teruk,
Jika memasing tidak mahu mengalah dan sentiasa meninggikan ego sendiri.
Selalunya terjadi macam ini bila salah seorang asik nak menang dan sedikit pun tidak mahu mengalah atau mengaku kesalahan sendiri.
Jangan kata dari segi pergaulan kawan-kawan, adik beradik bahkan melibatkan pasangan yang telah berkahwin mahupun yang dah bercerai. Yang mengeruhkan keadaan bila memasing tidak mahu merendahkan ego walaupun benda ini dah bertahun berlalu.
Erm….
Kredit Gambar : Pengalaman Kahwin Lagi.
Ego Punca Penceraian
Lately, ada beberapa kenalan yang dulunya Bro rasa paling sweet dan secocok bersama pasangan, kini memasing membawa haluan masing-masing disebabkan masing-masing ego dan tidak mahu mengalah.
Pernah juga tanya mereka, “Kenapa tak nak berbaik semula?” Macam sian je tengok anak mereka yang masih kecil.
Masing-masing kata, dah tiada jodoh dan rasa tiada hati untuk kembali bersama pasangan mereka.
Bila diselidik,
Tak sangka, benda kecil dibesar-besarkan dengan ego sehinggakan membawa kepada penceraian. What the heyyy!!!
Bro sendiri pun pernah juga berhadapan dengan situasi ini. Cuma bukan melibatkan perkahwinan, lebih kepada persahabatan.
Bro kenkadang tak suka dengan orang yang tinggi egonya, bajet macam bagus (tak kisah pun sebenarnya) dan suka memperlekehkan orang lain (ini yang Bro kisahkan).
Cara terbaik, Bro rendahkan ego sendiri dan blah dari hidup orang seperti itu.
Risau kalau dilayan, makin melarat dan kita sendiri tidak tahu apa cerita yang akan dia canangkan pada orang lain sewaktu memperlekehkan kita.
Bro anggap orang macam ini, beraura negatif dan jika habiskan masa dengan dia kita juga turut akan jadi negatif dan kurang produktif.
Eh, terasa ek?
Maaf, Bro taip dan ceritakan secara umum dan bukannya dituju kepada sesiapa. Cuma diselitkan sikit pengalaman pahit di situ.
Anyway,
Tak salah jika ada perasaan ego dalam diri, just kawal dan jangan disebabkan ego itu, kita hilang kawan, keluarga mahupun kehormatan diri.
Bicara Bro : Dulu ramai yang ingat Bro ini seorang yang tinggi egonya, tak nak dengar pendapat orang lain dan rasa diri sahaja betul.
Alhamdulillah, anak 2 dan isteri sorang.
Hahaha kelakar kan!
Jadikan penceraian sebagai JALAN PALING TERAKHIR. Selagi boleh tak bercerai, ELAKKAN bercerai. Waktu korang dah berkahwin ni, iblis tak goda sangat untuk kau buat maksiat. Tapi nak tahu apa Iblis goda?
Iblis goda supaya korang bercerai. Kemudian berseronok buat maksiat semula.
Kerukunan rumahtangga kena jaga .. nak jaga tu .. maka kenalah berilmu dengan orang yang pandai jaga rumahtangga .. huhu.. lalala
Mungkin sebab itu kot ramai perempuan suka cari yang berilmu macam laki orang he…23x
fuh..
Itulah cabaran hebat bagi mereka yang sudah berumahtangga..iman kena kuat! nampak yg lagi cun/hensem mulalah tak sefahaman konon cehh..nafsu tu..huhu
Persefahaman adalah perlu dalam mencari pasangan hidup. Kadang-kadang setiap apa yang kurang itu adalah kelebihan untuk memperbaiki hubungan kekeluargaan..
itulah ….
jadikan perkahwinan sebagai tiket terbaik untuk ke Jannah..
in shaa Allah semuanya akan menjadi ok..
Betul tu. Ego ni tak bagus,kenalah kawal baik”. Tak boleh terlebih sangat
Makin lama makin meningkat kes penceraian..hurmmm..hidup rumah tangga ni mmg byk pancaroba..suami ibarat nakhoda..sampai di tepian atau karam di lautan..
eh, bercakap pasal ego.Tetiba boleh teringat drama titian cinta..Memamng ego betul.Geram nak hempuk dengan lesung batu.
very true, tolerance is very important.
Bab kawin ni tak pernah la lalu lagi hahha so no komen. Tapi bab ego yes! If you ego tak boleh bertolak ansur everything susah even in workplace pun the leader tak boleh ego. Sometime idea anak buah pun kena dengar.
Semoga kehidupan kita berjalan dengan baik hendaknya. Jodoh, rezeki, hidup dan mati semua ketentuanNya, tapi kita pun kenalah usaha juga kan.
woah…bro ini sungguh deep. Tapi saya akan ingati nasihat bro ini :P
Betul. Kes cerai memang semakin banyak. Suami isteri kena banyak bersabar dalam hal rumah tangga.
alamak rasa takut nak kahwin lah, huhu
Betul sangat-sangat. Buang jer ego tu jauh2, merugikan hidup jer..
Macam-macam dugaan dalam berumahtangga ni. Kena give and take. Kalau masing-masing keras kepala, memang payahlah.
Sebab tu lah perkahwinan sis bertahan sampai skrg sebab masing2 dah tak ada ego…hehehe
Apa2 pun tahniah bro sb anak dah 2 dan isteri masih 1…:D :D
Dalam perkahwinan, ego tolak tepi. Sama-sama merendah diri. Nasihat sesama pasangan. Selalu lakukan aktiviti bersama untuk kenal kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kelemahan itu yang perlu diperbaiki. Baru rumahtangga aman bahagia.
Tapi itulah, sifat manusia. Tak pernah puas dengan nikmat yang ada. Bila dah terjatuh, baru sedar. huhu
Betul…apa2 pun yang penting kena sama2 ada sikap memberi dan menerima antara satu sama lain.