April 23, 2025

Intipati Belanjawan 2019 Dari Kerajaan Pakatan Harapan

Belanjawan 2019 Kementerian Kewangan Malaysia

Belanjawan 2019 – Ianya amat dinantikan oleh semua rakyat Malaysia dari Kerajaan Pakatan Harapan.

Untuk kali ini, Bro akan kongsikan beberapa point penting yang diutarakan dalam pembentangan Belanjawan 2019 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’

Bantuan Sara Hidup (BSH) – Penganti BR1M

Bantuan Sara Hidup (BSH) ditambah baik dan diteruskan kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, dengan peruntukan lebih bersasar.

Kadar BSH yang ditentukan adalah RM1,000 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.

Bagi Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 pula akan menerima bantuan berjumlah RM750. Manakala, bagi yang berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000, akan terima RM500.

Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah juga disediakan, namun terhad kepada empat orang.

Bagaimanapun, kerajaan tidak menetapkan had umur dalam menyalurkan bantuan tambahan BSH kepada anak orang kurang upaya (OKU).

Subsidi Petrol Bagi Kereta 1.5cc, Motosikal 125cc

Subsidi Minyak Malaysia

Pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan motosikal berkapasiti enjin 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter.

Menerusi mekanisme subsidi ini, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.

Manisme baharu ini dijangka bermula pada suku kedua 2019.

Subsidi Elektrik Isi Rumah – Dulu RM20, Kini RM40

Kerajaan akan meningkatkan kadar subsidi bil elektrik isi rumah daripada RM20 dan ke bawah, kepada RM40 dan ke bawah.

Bagaimanapun, ianya perlu diselaraskan dengan dengan hasrat kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, penyaluran subsidi itu hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih.

Klik : Daftar permohonan e-Kasih.

Dana Perlindungan Kesihatan Nasional Diperkenalkan Untuk Golongan B40

Bermula 1 Januari depan, Dana Perlindungan Kesihatan Nasional diperkenalkan kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Dana ini merupakan usaha sama dengan syarikat insurans swasta, menawar perlindungan percuma ke atas empat penyakit kritikal utama sehingga nilai RM8,000.

Ia juga akan mencakupi pendapatan gantian semasa untuk tempoh maksimum selama 14 hari pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

Kenaikan Bayaran Tol Lebuh Raya dalam Bandar Dibekukan

Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019.

Kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor mulai 1 Januari 2019

Pas Bulanan Pengangkutan Awam

Cara Untuk Menukar Kad MyRapid Kepada MyRapid Touch n Go

Pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL akan diperkenalkan mulai 1 Januari 2019.

Pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan diberikan khusus bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL yang ketika ini terkenal sebagai hab penghubung antara kemudahan perkhidmatan rel dan lokasi setempat.

Bantuan Untuk Rakyat Miliki Rumah Pertama

Dana sebanyak RM1 bilion disediakan kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan RM2,300 ke bawah sebulan, untuk memiliki rumah pertama mereka.

Dana ini akan diwujudkan oleh Bank Negara untuk membantu golongan terbabit membeli rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000.

Mulai 1 Januari 2019, dana ini tersedia di AmBank, CIMB Bank, Maybank, RHB Bank dan BSN melalui kadar pembiayaan serendah 3.5 peratus.

Untuk pembeli rumah pertama bernilai sehingga RM500,000, kerajaan akan memberi pengecualian duti setem sehingga RM300,000 pertama ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi tempoh dua tahun sehingga Disember 2020.

BACA : Rahsia Miliki Rumah Pertama Diusia Muda.

Kaedah Pembayaran Balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Bayaran Balik di Cawangan PTPTN

Kerajaan akan memperkenalkan kaedah pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam.

Jadual pembayaran balik ini hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Kerajaan juga akan memberi pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja, bagi tahun berakhir 2019.

Pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.

Potongan pinjaman juga akan ditawarkan kepada pelajar daripada golongan isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.

Kerajaan juga akan menghapus kira baki hutang peminjam berusia 60 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.

BACA : Cara Mudah Selesaikan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Intipati Belanjawan 2019 Dari Kerajaan Pakatan Harapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *