Hai semua…!!!
Moga permulaan hari ini lebih lancar dan lebih semangat buat anda sekeluarga.
Sarapan apa hari ini?
Tahukah anda, jenis sarapan yang diambil banyak mempengaruhi permulaan perjalanan hari anda.
Boleh dikatakan, ramai yang tidak mengambil berat tentang sarapan yang seharusnya di ambil sebelum mulakan hari mereka.
Ye la, hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Jom tengok apa sarapan yang Bro ambil dalam beberapa hari ini.
Sarapan Hari Pertama
Bihun goreng, antara hidangan paling mudah disediakan. Tak ambil banyak masa untuk memasaknya, lagi-lagi kalau korang guna perencah segera hahahaha.
Ataupun, dekat gerai tepi jalan selalu dijual bersama dengan nasi lemak.
Sarapan Hari Kedua
Nasi Ambeng – Antara menu rasmi kalau Bro bersarapan setiap kali pulang ke Johor.
Pelik ek orang makan nasi ambeng waktu pagi?
Dekat Johor tiada yang pelik. Ada je yang makan satay sewaktu sarapan pagi. Sama juga dengan kes orang makan Nasi Lemak tak kira siang atau malam, pagi atau petang.
Sarapan Hari Ketiga
Jika anda biasa hidup di kampung, pisang goreng biasa diambil sebagai sarapan pagi. Sama seperti cucur atau seangkatan dengannya.
Lebih nikmat jika pisang goreng tersebut dimakan bersama sambal kicap. Pure Johor gitew.
Sarapan Hari Keempat
Sarapan pagi sering diabaikan kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.
Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia pada waktu sarapan untuk menyemarakkan pagi mereka bagi mengharungi cabaran sepanjang hari.
Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita. Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan.
Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.
“Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat,” kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.
Bagaimana susu membina keluarga yang kuat?
Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: “Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian”.
“Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi,” katanya.
Tan seterusnya menjelaskan: “Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita3“.
“Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita – hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah4,” katanya.
Sebagai susu No.1 di Malaysia5, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:
• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan kita berfungsi dengan baik;
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak6, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif;
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein6;
• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus6.
Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.