You are here
Home > Jalan Cari Makan > Menikmati Makan Malam di Serai Pavilion, Kuala Lumpur

17,411,930 total views, 325 views today

Menikmati Makan Malam di Serai Pavilion, Kuala Lumpur

Serai @ Pavillion, Kuala Lumpur
Baru-baru ini, Bro sesama beberapa orang rakan blogger dari Malaysia dan juga Thailand, telah menikmati makan malam di Serai @ Pavilion, Kuala Lumpur.

Makan malam ini, sempena majlis perpisahan bagi blogger yang mengikuti kempen Malaysia Wonders yang menggabungkan 9 blogger Malaysia bersama 9 blogger dari Thailand.

Esoknya,

Blogger dari Thailand sudah pulang ke negara mereka bersama memori dan kenangan indah sewaktu berada selama 4 hari 3 malam di Malaysia.

Menu di Serai @ Pavilion, Kuala Lumpur

Serai @ Pavillion, Kuala Lumpur
Chicken and beef satay with peanut sauce, cucumber, onion and nasi impit

Atau nama simplenya, Sate Ayam + Daging. Ianya dijadikan menu pembuka selera sewaktu kami tiba di sini.

Serai @ Pavillion, Kuala Lumpur
Nasi kerabu served with ayam percik, salted egg, ulam, solok lada and keropok ikan (tasting portion)

My fav, lama juga tak makan Nasi Kerabu.

Sekurang-kurangnya terubat sikit rasa mengidam. Sambal dia pedas gila kot.

Serai @ Pavillion, Kuala Lumpur
Inilah ayam percik yang dimakan bersama dengan Nasi Kerabu tadi.

Serai @ Pavillion, Kuala Lumpur
Steamed seabass in lime sauce @ Ikan Siakap Masak Sos Limau (lebih kurang macam nie bunyi bila di Melayukan)

Rasanya seakan-akan Tom Yam tapi bukan Tom Yam merupakan menu pilihan Bro dan beberapa rakan blogger termasuk blogger dari Thailand.

Rasanya enak sehingga meresap kedalam isi ikan.

Ikannya seakan-akan berjus dengan sos limau tersebut. Nikmatnya, memang tak terkata. Sedap…..!!! Nak lagi je rasanya.

Serai @ Pavillion, Kuala Lumpur
Pandan banana fritters with palm sugar syrup

Pencuci mulut kami, ini pun sedap… Cuma tak rasa puas je. Namanya pun pencuci mulutkan.

Sekiranya anda teringin nak rasa hidangan yang disajikan di sini. Anda boleh datang ke :-

Serai @ Pavilion Kuala Lumpur

7.01.04, Level 7, Pavilion Kuala Lumpu,
Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang,
50250 Kuala Lumpur,
Malaysia

No Tel : +603-2110 5353
Website : http://www.seraigroup.com.my
Waktu Operasi : 10 pagi – 10 malam

Blogger Malaysia x Thailand at Serai @ Pavilion KL

Bicara Bro : Hidangan yang terdapat di Serai @ Pavilion, Kuala Lumpur tidak mengecewakan Bro. Dengan suasana yang selesa dan menu simple bagi memudahkan anda membuat pilihan.

Signature mereka tidak mengecewakan Bro dan rakan blogger yang lain.

Terima kasih Seeties selaku penganjur Malaysia Wonders dengan kerjasama dari Tourism Malaysia (Cawangan Thailand). Tidak lupa juga kepada pihak Pavilion Kuala Lumpur kerana sudi menaja makan makan kami semua.

Alhamdulillah….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Menikmati Makan Malam di Serai Pavilion, Kuala Lumpur

Leave a Reply

Top