Baru-baru ini, Bro sesama beberapa orang rakan blogger dari Malaysia dan juga Thailand, telah menikmati makan malam di Serai @ Pavilion, Kuala Lumpur.
Makan malam ini, sempena majlis perpisahan bagi blogger yang mengikuti kempen Malaysia Wonders yang menggabungkan 9 blogger Malaysia bersama 9 blogger dari Thailand.
Esoknya,
Blogger dari Thailand sudah pulang ke negara mereka bersama memori dan kenangan indah sewaktu berada selama 4 hari 3 malam di Malaysia.
Menu di Serai @ Pavilion, Kuala Lumpur
Chicken and beef satay with peanut sauce, cucumber, onion and nasi impit
Atau nama simplenya, Sate Ayam + Daging. Ianya dijadikan menu pembuka selera sewaktu kami tiba di sini.
Nasi kerabu served with ayam percik, salted egg, ulam, solok lada and keropok ikan (tasting portion)
My fav, lama juga tak makan Nasi Kerabu.
Sekurang-kurangnya terubat sikit rasa mengidam. Sambal dia pedas gila kot.
Inilah ayam percik yang dimakan bersama dengan Nasi Kerabu tadi.
Steamed seabass in lime sauce @ Ikan Siakap Masak Sos Limau (lebih kurang macam nie bunyi bila di Melayukan)
Rasanya seakan-akan Tom Yam tapi bukan Tom Yam merupakan menu pilihan Bro dan beberapa rakan blogger termasuk blogger dari Thailand.
Rasanya enak sehingga meresap kedalam isi ikan.
Ikannya seakan-akan berjus dengan sos limau tersebut. Nikmatnya, memang tak terkata. Sedap…..!!! Nak lagi je rasanya.
Pandan banana fritters with palm sugar syrup
Pencuci mulut kami, ini pun sedap… Cuma tak rasa puas je. Namanya pun pencuci mulutkan.
Sekiranya anda teringin nak rasa hidangan yang disajikan di sini. Anda boleh datang ke :-
Serai @ Pavilion Kuala Lumpur
7.01.04, Level 7, Pavilion Kuala Lumpu,
Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang,
50250 Kuala Lumpur,
Malaysia
No Tel : +603-2110 5353
Website : http://www.seraigroup.com.my
Waktu Operasi : 10 pagi – 10 malam
Bicara Bro : Hidangan yang terdapat di Serai @ Pavilion, Kuala Lumpur tidak mengecewakan Bro. Dengan suasana yang selesa dan menu simple bagi memudahkan anda membuat pilihan.
Signature mereka tidak mengecewakan Bro dan rakan blogger yang lain.
Terima kasih Seeties selaku penganjur Malaysia Wonders dengan kerjasama dari Tourism Malaysia (Cawangan Thailand). Tidak lupa juga kepada pihak Pavilion Kuala Lumpur kerana sudi menaja makan makan kami semua.
Alhamdulillah….
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
nyummyy sedap
alaa tak try tom yam dia ke
Tak pulak, tapi ikan siakap stim dengan sos limau nie pun dah mampu tewaskan Tom Yam kot
asyik tomyam je, try la lain pulak iena hehehe
Bestnya Sate… Tak pernah lagi makan Sate dekat Hotel… Macamana lah rasanya yer? Mana lagi sedap dengan Sate Kajang?
Eh eh.. Ini bukan Hotel beb…. dekat Pavi je nie
ngilerrr bangettt :D
Mampu telan air liur setakat ini. :)
haha sama la wei. terliur aku
okeh.
sate daging tu nampak macam memikat selera dan nafsu makan gua beb.
aduh. malam ni nak makan sate la
Eina laparrrr!!!!!! Huuu… Esok jumpa k!
best betul jadi travel blogger ni. nak nak travel blogger tu kacak macam bro. ehemmm
Lame sangat dah tak pergi pavillion ni..last 3tahun lepas..
sedap ke nasi kerabu dia bro..gua ni peminat tegar nasi kerabu