January 25, 2025

Sue Sopian Mengandung Mengidam Bro Char Kuey Teow, Tg Malim

Sue Sofian Mengidam Bro Char Kuey Teow
Bro baru tahu rakan blogger si Sue Sopian rupanya tengah mengandung anak kedua dan tunggu masa nak beranak je.

Sekali, beliau mengidam nak rasa Char Kuey Teow yang Bro niagakan di Bro Char Kuey Teow @ Lampuneon Cafe, Tg Malim, Perak.

Rasa bersalah la pulak,

Orang Shah Alam sanggup turun Tg Malim semata-mata nak perkena Char Kuey Teow kita. Siap bawa mak dan adik lagi (adik dia comel).

Apa-apa pun, Bro doakan kandungan dan ibunya selamat sewaktu bersalin tidak lama lagi.

Maaf tempoh hari terpaksa menunggu lama. Banyak pula order sewaktu korang datang. Alhamdulillah…!!!

Ok makcik, nanti saya akan pantau si adik sekiranya dia mai dengan boyfriend perkena Char kuey Teow saya.

Bro Char Kuey Teow Tg Malim Kuali Berapi
Sekiranya, anda datang ke Lampuneon Cafe, Tg Malim.

Jangan lupa menikmati Char Kuey Teow terbaik dari kami di Bro Char Kuey Teow (diasaskan oleh blogger Bro Framestone).

Jika nak rasa Char Kuey Teow yang Bro masak, anda boleh datang ke

Bro Char Kuey Teow @ Lampuneon Cafe

Lot 8138, Jalan Ketoyong,
35900 Tanjung Malim
Perak

Waktu Operasi : 5 ptg – 11 malam (Ahad – Jumaat)

Panduan Perjalanan : Waze “Lampuneon Cafe, Tg Malim” . Tapi lokasi pada waze tak beberapa nak tepat. Bila nak dekat sampai, gunakan Google Maps sebagai rujukan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Sue Sopian Mengandung Mengidam Bro Char Kuey Teow, Tg Malim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *