September 10, 2024

Kuala Lumpur Convention Centre Perkenalkan Tiga Kopi Baru

The Kuala Lumpur Convention Centre Unveils Three New Coffees
Sempena Pesta Kopi Malaysia 2017 yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Mei ini, Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) melancarkan tiga kopi eksklusif baru – ‘Jet Black’, ‘Popcorn Latte’ dan ‘Zesty Iced Black’.

Kopi ciptaan baru yang lazat ini boleh didapati di Parkview Deck Café Pusat Konvensyen dari 5 hingga 26 Mei 2017.

Lokasinya terletak di Aras 1, dimana pengunjung boleh menikmati kopi sambal menghadapi pemandangan indah Menara Kembar PETRONAS dan kehijauan Taman KLCC, pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan WiFi percuma secara perkongsian sehingga 250Mbps.

  • Popcorn Latte – kopi espresso dengan susu berbuih, sirap bertih jagung serta krim putar dan ditaburi karamel bertih jagung!
  • Zesty Iced Black – versi baru “Kopi-O Ais” kegemaran rakyat Malaysia yang ditambah rasa dengan parutan kulit oren dan gula kabung untuk memberikan sentuhan sitrus, dan dihidangkan dengan ais.
  • Jet Black’ kami adalah adunan aiskrim vanilla dan susu yang dituang ke atas kuib ais espresso dan direnjis sirap coklat.


Pesta Kopi Malaysia 2017 akan menghimpunkan banyak pengusaha kafe dan peserta industri kopi tempatan yang terkenal.

Pesta ini menyatukan penggemar kopi dari seluruh negara, dalam satu perayaan yang menjanjikan minuman kopi terbaik yang boleh ditawarkan oleh Malaysia.

Mereka mengalu-alukan kehadiran pakar dan penggemar kopi untuk menjadikan presint Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sebagai ‘Ibu Kota Kopi Malaysia’.

Pelawat yang mendambakan kelazatan kopi tempatan boleh juga mengunjungi West Wing Café untuk menikmati makanan dan minuman (F&B) inovatif terbaru, sambil menyaksikan pemandangan Taman KLCC dan Menara Kembar PETRONAS yang indah tersergam.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai sajian makanan dan minuman (F&B) Pusat Konvensyen, sila ke laman www.klccconventioncentre.com.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Kuala Lumpur Convention Centre Perkenalkan Tiga Kopi Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *