You are here
Home > Bersama BroFramestone > Segmen Perdajal Bro Framestone > Raja Tarik F&N Dari Kalangan Blogger

Raja Tarik F&N Dari Kalangan Blogger

Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Pencarian Raja Tarik F&N 2014 sudah bermula. Bro nampak ada beberapa blogger tengah berusaha menajamkan skill yang sedia ada untuk memerihakan lagi cabaran Raja Tarik F&N 2014.

Siapakah blogger pilihan anda?

1- Bro Framestone
Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Dulu pada tahun 2005 pernah kerja sebagai Bartender. Walaupun teh tarik bukan Bro yang selalu buat, dari pengamatan dan percubaan 2-3 kali menarik. Rasanya tiada masalah kot.

Cuma beberapa teknik membancuh dan menarik perlu ditajamkan dan diperkemaskan.

2- Shakiddo
Raja-Teh-Tarik-FN-2014-Shakiddo
Haaaaaaa!!! Berbuih-buih aku tarik. Itu pun sekejap saja. Tak perlu lama-lama untuk tarik. Lepas tu, minum!

3- Hafiz Rahim
teh-tarik-skill-hafiz-rahim
Amacam? Nampak hebat kan. Ada rasa tercabar tak?

4- Melastik Bintang
Raja Tarik Blogger Melastik Bintang
Tu dia….. tarik sampai lebam.. Dah tarik, kita minum dulu!

5- Mahamahu

Saksikan video bagaimana Mahamahu berjaya menarik teh tarik dengan gaya tersendiri dan penuh skill wakakakakak…

Ini cuma percubaan pertama sahaja daripada Mahamahu tapi kalau anda rasa anda lebih hebat daripada apa yg Mahamahu mampu lakukan seperti dalam video di atas.

6- Cik Lily Putih

Hang kata hang terrer, piraahhhh

Ok pi minum teh tarik lah..

7- Sohoque
teh-tarik-pejam-mata sohoque
Sambil pejam mata dah boleh tarik panjang ni. Kalau celik tak tau la nak kata kaaan..

8- Rawlins

Tarik sikit-sikit, takut tumpah

9 – Hafiz Mohd

Dah lama tak buat kerja tarik menarik teh ni..hehe Cabaran Raja Tarik 2014 Bermula! Berani Nak Lawan Raja Teh Tarik?

10 – Tengku Syukri
teh-tarik-1-tengku syukri
Kawal Hensem Sambil Tarik! Hehe.. Ini cuma antara babak yang tahap amatur lagi.

11 – Kifli Mally

Korang hanya perlu ikut cara gaya koran untuk lakukan tarik teh tersebut. As for mek tak nak lah hover sangat sebab mek tahu mek ni bukan jenis yang hebat sangat pun haha.

Raja Tarik F&N Dari Kalangan Blogger

Perhhhhhh…. Ada 11 peserta nampaknya.

Bila baca caption yang bro copy paste dari blogpost dorang, memang tak boleh blah sungguh he…23x

Boleh tak korang senaraikan 3 Top Raja Tarik Blogger pilihan anda. 3 sahaja…. (Ini saja suka-suka je). Tappi tetap gak nak buat list :-

1-
2-
3-
4-
5- (akan update ikut keputusan 6 May 2014 pukul 11.59 malam)

Jom check info tentang Cabaran Raja Tarik F&N 2014.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

33 thoughts on “Raja Tarik F&N Dari Kalangan Blogger

    1. ambe pilih:
      1. Bro (gaya kungfu drunken master)
      2. Ishak Ismail (gaya mentadak mentadu)
      3. Hafiz Mohd (gaya santai tanpa tekanan)

      hehee

  1. Pilhan saya

    1. Mahamahu (fuhhhhhhh video canggih)
    2. Tengku Syukri (pinggang tu jaga sket, kang terpusing seround, masak mu)
    3. Broframestone (topi mahal tu)

  2. Saya nak undi diri sendiri boleh wakakak gila kuasa hehehe.. pilihan

    1) Kifli Mally (sexy sgt)
    2) Rawlins (sexy sikit)
    3) Cik Lily (sexy bunga tunggal)

    wakakakakkakakakak…

  3. Pergghh. .. masing2 cuba untuk menunjukkan skill terpendam. Kedai mamak dekat tanjung tengah cari seorang tukang bancuh air. .. Saya rasa bro layak hantar resume untuk memohon jawatan kosong tersebut. . Gaya dah ada dah. .. sedap pun dah tentu dah tu. .

  4. ni rupanya kerja part time blogger2 ni…patutlah sebelum ni penuh kat FB post gambar buat teh tarik style masing2…hee

    kalau ikut ranking la kan :

    1)sohoque
    2)shakiddo
    3)broframestone

    P.S – jangan marah ye bro…hee 😛

Leave a Reply

Top