You are here
Home > Iklan > Advertorial > Cabaran Raja Tarik F&N 2014 Kembali

17,411,180 total views, 2,709 views today

Cabaran Raja Tarik F&N 2014 Kembali

The Cabaran Raja Tarik F&N 2014Cabaran Raja Tarik F&N 2014 kini kembali dengan wang tunai berjumlah RM25,000 untuk dimenangi.

Ianya terbuka kepada seluruh warga Malaysia berumur 12 tahun ke atas.

(Maka korang jangan risau, warga asing yang selalu bancuh teh tarik dekat kedai mamak tidak layak sama sekali untuk menyertainya.)

Buktikan bahawa anda layak bergelar Raja Tarik F&N.

Bila lagi nak tunjuk skill anda menarik, tak kan nak tayang skill minum teh tarik je kan.

Masing-masing ada bakat yang terpendam. Inilah masanya untuk anda tonjolkan bakat anda (jangan tahu nak komplen cakap teh tarik orang lain buat tak sedap).

Kalau takut nak join sorang-sorang.

Boleh join secara berkumpulan dengan syarat tak melebihi 6 orang satu kumpulan.

Pusingan Pertama Cabaran Raja Tarik 2014 @ Mydin USJ

Baru-baru ini telah diadakan pusingan pertama Cabaran Raja Tarik 2014 di Mydin USJ pada 26 April 2014.

Pada majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengacara dan DJ Radio, Fara Fauzana dan juga pemenang Cabaran Raja Tarik F&N 2003/2006, Norazlin bin Janus.

Juara 2003/2006 tue…

Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Fara Fauzana bersama pemenang Cabaran Raja Tarik F&N 2003/2006, Norazlin bin Janus yang memperkenalkan teh tarik F&N Kahwin

Dalam masa yang sama, pencarian Raja Tarik akan diteruskan di beberapa lokasi seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching.

Jadual Pusingan Cabaran Raja Tarik F&N

Jadual Pusingan Cabaran Raja Tarik F&N

Syarat Penyertaan Cabaran Raja Tarik F&N

  • Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun dan keatas pada 1 Mei 2014.
  • Pemenang-pemenang Cabaran Raja Tarik F&N pada musim atau tahun yang lalu juga dibenarkan menyertai pertandingan tahun ini.
  • Cabaran Raja Tarik F&N 2014 merupakan pertandingan terbuka yang bermaksud penyertaan dibuka untuk kategori individu dan berkumpulan (maksima 6 orang) dan permarkahan adalah setara untuk semua kategori.
  • Peserta berkumpulan yang mewakili syarikat atau restoran mestilah merupakan syarikat atau restoran yang berdaftar di Malaysia.
  • Pasukan perlu memaklumkan pihak F&N Dairies Malaysia Sdn Bhd sekiranya terdapat ahli pasukan yang mengalami sebarang penyakit, kecacatan atau mempunyai jenayah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 018-2057114 atau layari www.fndairies.com
Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Aksi salah satu peserta berkumpulan dalam Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Aksi Bakal Raja Tarik Yang Mungkin Perlu Anda Geruni

Tajuk tak boleh blah, tetapi terasa macam nak test bakat yang terpendam dalam diri dan menyahut cabaran Raja Tarik F&N 2014.

Dulu pada tahun 2005 pernah kerja sebagai Bartender. Walaupun teh tarik bukan Bro yang selalu buat, dari pengamatan dan percubaan 2-3 kali menarik. Rasanya tiada masalah kot.

Cuma beberapa teknik membancuh dan menarik perlu ditajamkan dan diperkemaskan.

Baru pencabar seperti dia, dia dan dia gerun sikit.

Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Antara “gadget” yang Bro gunakan sebagai Raja Tarik dari kalangan Blogger Malaysia (wakil je).

Semestinya kena ada Teh Tarik F&N dan juga Krimer Sejat F&N.

Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Tarik punya tarik punya tarik….

Sampai dapat Teh Tarik yang berbuih macam nie…

Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Puan Isteri siap puji tarikan suaminya mampu buat dia terangkat, “Sedap teh tarik nie bang”. Terutama tang buihnya he…23x Kau ado?

Dan akhir sekali, jangan lupa………..

Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Ambil gambar dengan teh tarik yang ditarik tadi…

Nak lagi menarik, jangan tayang aksi dekat blog/facebook atau instagram je. Moh sahut cabaran Raja Tarik F&N 2014.

Jangan lupa saksikan aksi-aksi menarik di rancangan Cabaran Raja Tarik.

Setiap Rabu dan Khamis, 21 Mei hingga 12 Jun, 7.55 malam di TV3. Siaran ulangan pula setiap Khamis dan Jumaat, 6.30 petang di TV9.

Aksi terunggul peringkat akhir pula pada Jumaat, 27 Jun, 6.30 petang – 7.00 malam di TV3 dan siaran ulangan pada Ahad, 29 Jun, 7.00 malam di TV9

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

23 thoughts on “Cabaran Raja Tarik F&N 2014 Kembali

    1. Ada je pic lain.. Tapi macam xsesuai je di upload dekat blog, nanti ada pulak pihak yang tidak bertanggungjawab copy paste teknik bro untuk jadi juara he..23x

Leave a Reply

Top