April 27, 2024

Hati Seorang Bakal Pengantin Lagi

Malam Berinai Pasangan Pengantin Baru
Perkahwinan bukannya satu pengakhiran dalam hidup seseorang, tetapi permulaan bagi kehidupan sebenar yang lebih mencabar. Dengan pertambahan tanggungjawab dan orang yang terlibat dalam hidup anda.

Kahwin tidak boleh dipakwa atau terpaksa. Bebannya sendiri akan dirasai oleh si pengantin dan bukan orang yang memaksa (kecuali kalau si pemaksa itu paksa korang kahwin dengan dia).

Walaupun usia perkahwinan Bro agak muda (setahun jagung – eh jagung bukan beberapa bulan dah boleh tuai hasil ke?)

Anak Itu AnugerahBaru dikurniakan seorang puteri sebagai penyeri rumah tangga yang dibina.

Tak dinafikan kadangkala berlaku juga konflik dalam rumah tangga. Masih banyak kekurangan kami, bagaimana pun kami masih belajar untuk membaiki mana-mana kekurangan kami.

Perkahwinan – Menyempurnakan Hidup

Siapa cakap, bila kita dah bagus serba serbi baru boleh kahwin?

Perkahwinan itu sebenarnya mampu memberi kesempurnaan kepada diri seseorang. Mana-mana kekurangan diisi, dan pasangan pula menjadikan anda insan yang sempurna.

Melalui perkahwinan juga mampu menguji tahap keimanan anda. Jika anda sebelum ini, kurang baik maka jadikan perkahwinan itu sebagai satu titik perubahan dalam hidup korang.

Jangan lepas kahwin, korang jadi makin teruk pula. Itu maslaah berpunca dari korang dan bukannya dari perkahwinan.

Bila Nikah Menjadi Mahal – Zina Semakin Murah

Iman Sazali Tok Kadi Nikah Broframestone 2
Rata-rata member atau orang yang Bro kenali, masing-masing ada masalah bila diajukan bila nak tamatkan zaman bujang mereka. Termasuk desakan dari keluarga.

Sekarang,

Tak ramai yang nak utamakan nikah dahulu. Tetapi lebih fokus kepada pembaziran duit untuk majlis perkahwinan.

Bukan nak salahkan mereka, tetapi niat mereka buat majlis meraikan anak mereka yang sudah berkahwin bahkan pada majlis ini mereka dapat berkumpul dengan kawan-kawan dan saudara mara mereka.

Bro tak nafikan.

Mana-mana majlis perkahwinan yang Bro hadiri, kebanyakan yang hadir adalah saudara-mara jauh ataupun kawan-kawan mak bapa pengantin. Kalau tanya kawan-kawan pengantin pula, memang susah kot nak cecah 10% dari jumlah jemputan yang hadir.

Maka korang fikir-fikirlah sebentar kenapa mak bapak pengantin perempuan nak buat majlis he…23x

Kos Perkahwinan

Majlis Perkahwinan Johor
Memang akan stress, siapa kata tak stress bila fikir pasal duit nak kahwin.

Dari duit hantaran, kepada pakaian pengantin, jurugambar, photo booth, kad kahwin. Belum lagi kos perjalanan (minyak + tol) untuk rombongan dari pihak anda dan juga homestay (tempat penyinggahan bagi yang korang yang datang dari jauh).

Nak senang, cari je orang dekat. Kot-kot boleh buat 1 majlis je. Jimat sikit.

Bila terdengar kisah Hati Seorang Pengantin yang terkena panggilan hangit dari HotFM baru-baru ini, kadangkala mereka yang ada perkerjaan tetap (kerja dengan kerajaan) dan bergaji besar, belum tentu mampu.

Dengan kos sara hidup yang tinggi, gaji banyak itu sekejab je habis.

Siap terluah lagi masalah beliau bila dapat tahu permohonan pinjaman beliau tidak diluluskan. Dah la nak kahwin tak lama lagi, siap terbuka pekung pasal hutang itu ini tak berbayar.

Jom dengar Panggilan Hangit – En. Izzuddin.

Hati Seorang Bakal Pengantin Lagi

Itu baru kes Hati Seorang Pengantin, belum lagi kes Hati Seorang Bakal Pengantin.

Ini pula kes hati seorang bakal pengantin lagi.

Bukan senang nak kahwin lagi, bila sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Banyak hati yang perlu dijaga.

Bukan semua isteri mengizinkan si suaminya berkahwin lagi. Bukan semua family ingin lihat anak mereka hidup bermadu. Bukan semua anak boleh terima bapa dia kahwin lagi.

Paling penting,

Bukan semua orang boleh terima orang lain lebih dari suami dorang. Silap cara anda handle rumah tangga, maka boleh jadi topik perbualan gosip merangkap fitnah dari mereka.


Elok elakkan berkahwin lagi sebab nafsu, risau nanti lesu dibuatnya.

Jika niat untuk melindungi aib dia ataupun membimbing mereka ke jalan yang lebih baik. Itu lebih baik, asalkan dia juga fikir anda boleh membimbing mereka dan bukannya merosakan lagi hidup mereka.

Jika betul-betul kemampuan, kahwini janda yang mempunyai tanggungan (yakni anak).

Sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan beban yang dipikul oleh si ibu tunggal ini. Bahkan dapat mengelakan fitnah keatas dirinya. Status “Janda” kadangkala mampu membuat mereka lebih teraniaya dari dihargai.

Mereka juga manusia biasa, jangan biarkan mereka hidup sendirian.

Sekian ~ Bila Bro Framestone Berkata-Kata.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Hati Seorang Bakal Pengantin Lagi

  1. Aip takkan nk sorang lagi. Hehehe

    Yeop paham apa yang berlaku sekarang ni. Mereka hanyalah sandaran antara bakal pengantin. So yeop rasanya nk salahkan ibu bapa pengantin atau … ???

    1. Salahkan kerajaan ataupun pihak yang menaikan harga barang + mengecilkan mata wang kita he..23x

      Sekarang nie, orang gaji 5k pun xcukup sebulan. Terutama bila dah kahwin dan ada anak.

  2. sebuah majlis perkahwinan sememangnya memerlukan belanja yang banyak dan seharusnya kita buat yang wajib sahaja supaya tidak membazir…..

    1. Bila rasa perkahwinan itu sekali seumur hidup. Itu pasal rasa nak ada itu ini.

      Cuba rasa kalau dalam hidup ini, dapat menikmati perkahwinan 2-3x. Rasanya mungkin banyak benda yang rasa tak perlu, tidak disertakan sekali.

  3. Perkahwinan itu ibarat sebuah masjid. Suami adalah imam, dan isteri dan anak anak adalah makmum dan jemaahnya. Maka dengan itu, jadilah imam yang terbaik dan pimpinlah mereka ke syurga, Bro. Buatlah yang terbaik, demi-Nya.

  4. Hebat abang Salleh… boleh berkahwin sampai 4.. saya yang baru berkahwin seorang pun masih tercari-cari rentak untuk menuju kebahagiaan yang diidamkan. .

  5. Ayat bro yg pasal nak tunggu sempurna baru nak kahwin tu..ambe setuju…

    kahwinlah utk sempurnakan mana2 bahagian yg kurang sempurna dan kurang lengkap…

    yakinlah..ada suami/isteri kat di sisi rasa lebih perkasa dan lengkap melengkapi gitu..

    nice entry bro!

Leave a Reply to anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *