Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC dari 24 April hingga 4 Mei 2014.
Sudahkah anda meluangkan masa ke sini? Terutama kepada rakan-rakan yang menerima BB1M – Bantuan Buku 1Malaysia?
Malangnya Bro hanya sempat luangkan 1 jam setengah sahaja di sini. Tak banyak booth dapat Bro lawati (walaupun niat asal datang ke PBAKL2014 hanya melawat 3 booth ini sahaja.
Booth PTS
Dah lama janji nak jumpa dengan mamat ini, En. Izzat Amir merangkap orang kuat PTS. Dah lama berjanji dengan beliau untuk berjumpa.
Rupanya kedatangan Bro ke Booth beliau bukan diraikan dengan tangan kosong.
Ada sedikit benda serius diperbincangkan. Malangnya lokasi ini, bukan tempat yang sesuai atau selesa untuk bincang perkara seperti ini. Insya’lah Bro akan kongsikan dengan korang kelak.
Tungguuuu…!!!
Sebelum bergerak ke booth lain.
Bro dapatkan beberapa buku dari PTS hasil tulis Tokoh Sasterawan Negara – A. Samad Said. Antara buku beliau yang Bro perolehi :-
- Antara Kabus Ke Kabus
- Bendera Di Atas Bukit
- Jalan Retak
Booth PIXI – Lejen Press
Booth seterusnya yang Bro lawati PIXI & Lejen Press. Ingatkan singgah sini dapat berjumpa dengan member Bro merangkap founder Lejen Press – Aisa linglung.
Malangnya, waktu itu beliau masih lagi dirumah.
Dah lama tak lepak dengan beliau, Bro asik kena bahan je dengan dia dekat facebook da instagram. Entah apa yang dia tak puas hati pun xtau la.
Ke sebab dah bertahun dia ajak, tapi sampai la nie Bro tetap tak singgah kedai dia lagi kot He…23x
Dan ini hasil rampasan puan isteri sewaktu menghabiskan masa di booth ini (3 buku RM50) :-
- Suspek – Inawza Yusof
- Mangsa – Gina Yap Lai Yoong (Sambungan kepada novel bestseller Ngeri)
- Gantung – Nadia Khan
Booth Indieke – Sang Freud Press
Dekat booth ini, Bro dapat berjumpa member merangkap orang kuat – Aloy Paradoks. Semua karya beliau Bro amat sukai, terutama teater mahupun buku yang beliau tulis.
Cuma lately Bro banyak miss persembahan teater beliau. Agak kecewa gak disitu.
Di booth ini, anda boleh dapatkan buku dari Sindiket SoL-Jah.
Antara buku Bro dan Puan Isteri rampas di sini adalah (3 buku RM50) :-
- #24 Minggu Ana Raffali – Himpunan Puisi 2013 ~ 2014
- Joni & Rabi – Razaisyam Rashid
- Melayu dari Marikh – Raja Faisal
Rasa macam tak puas je, Ada rezeki nak datang lagi sebelum pesta kali ini berakhir. Jom pakat ramai-ramai untuk turut serta memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ini.
Paling penting, jemput singgah ketiga-tiga booth yang Bro mention diatas.
Dahsyatnya Bro… Boleh main rampas buku dengan booth yang bro kunjungi… Ni dah macam Kastam dah ni.. hehehe
Banyak buku yang ingin dimiliki ada disini dan harganya juga amat menarik
Erkkk… Ada tak buku yang terlebih rampas?… Bolehlah poskan ke Sabak Bernam satu…
Rampas cukup-cukup je nie
wah terbaekk
Hahaha. Fana peminat Aloy Paradoks kot. Dia menang banyak untuk karya Gadis Dan Dua Menara kat 11BCAA hari tuuu. Hidup Buku Fixi ! :)
Eh tak sangka kita sehati sejiwa kan he…23x. Bro xdapat nak pergi tempoh hari, hanya mampu support mereka je.
pergh bro baca fixi.. sep sikit!
aisa tu member bro ke.. ritu sempat jumpa dia.. sporting kot
Dia memang sporting + kaki bahan bro… Pantang ada point, sure Bro kena bahan he…23x
Pernah dulu nak tulis buku under dia… Tapi sampai la nie xsiap-siap.. Mood ke laut. Pernah sama-sama masuk tv under Blogger Voice
owh yeke… cepat la siapkan buku bro.. konfem yatt beli..hehe..btw gantung tu best!!
He…23x dah tertangguh hampir 4-5 tahun dahla Yatt
Salam ukhwah bro..jalan-jalan blogwalking dari senarai peserta Segmen Nak URL Blog #3 Mialiana.com..salam ceria dari MyCherita
Terima kasih kerna sudi singgah ke blog ini.
Banyak juga kami borong masa pesta buku hari tu.. huhu.. cuma tak jumpa broframestone jer ..
Datang hari apa?
Ada gak bertembung dengan beberapa blogger + rakan facebook. Malangnya dorang tak perasan Bro..
Lagipun, waktu disini, bro tengah kejar masa.
Bagus datang tempat macam ni. tapi aku tak berpeluang
Ada rezeki dapat singgah kejab pun ok.. Nie pun curi2 masa untuk datang singgah
lama xpergi pesta buku ni
Gua tak sempat pergi lagi. Hari tu cancel last minit. Haishh