Sup Meletup Bandar Tasik Permaisuri, Cheras sentiasa menjadi pilihan kami suami isteri.
Kedudukannya tidak beberapa jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur menjadikannya lokasi menarik untuk dikunjungi. Selain supnya yang menjadi perbualan ramai, terdapat juga nasi ayam yang dijual seawal 10 pagi hingga lewat malam.
Salah satu menu yang paling Bro dan isteri minati adalah Nasi Goreng Ayam mereka.
Kenapa ek?
Eh.. Bro memang suka makan nasi goreng ayam berbanding nasi ayam. Tiada perbezaan sangat pada kedua-dua menu ini kecuali nasinya digoreng.
Nampak tak bertapa menyeleranya nasi goreng ayam ini (Kalau korang tengah kenyang, jangan jawab).
Bro suka ayamnya.
Nasi gorengnya juga amat memuaskan, banyak dan sedap. Selalu Bro makan, memang licin.
Dan ini pula penambah seleranya.
Apa lagi, kalau bukan supnya yang menjadi perbualan pelanggan yang pernah datang ke gerai ini.
Kalau korang rasa sup yang mereka berikan tidak mencukupi, jangan malu dan jangan segan. Mintak je sup kosong, sure mereka akan berikan satu sup kosong mangkuk besar macam ini.
Panas berwap-wap lagi.
Kalau time hujan dapat hirup sup ini, memang satu kenikmatan. Itu je yang dapat bro kongsikan. Kalau korang ada masa, jemput la singgah ke gerai ini.
Bagi yang teringin nak cari tempat makan yang menarik (terutama dekat tempat yang korang baru pergi) boleh rujuk laman web Hungry Go Where Malaysia.
Atau korang download sendiri apps Hungry Go Where pada telefon pintar anda.
penah juga mkn dkt sini..sup dia urmmmmm sdppp..hahaha
port biasa masa lepak ngn geng gunung time bujang dulu..terbaik sup die..hihi..
nampak mmg sedap dan tak jauh dr umah saya jugak.tq bro share tempat ni.nmpk sedap
Eh, tak pernah pergi ke?
menarik …
Kalau sampai boleh cari port tempat makan.
sudi2kan follow blog saya..
Nie kat belah mana
Maybank tu ke belah kayu nasi kandae
wow nasi goreng ayam tu nampak special..ayam pun macam lebih banyak je bro
perghhh… uncle berjaya buat deno terliur…! T_T
Makanan memang sedap…tapi staff biadap kurang di ajar…!! Macam x pernah nampak org pompuan berjalan..terpekik trlolong..yg menghampakan lagi staff yg pengotor hisap rokok then pegang mknan!! What the fuck is this???… bukan nk memandang rendah pada mereka..tp apabila bekerja buat cara bkerja..macam baru masuk kl je bdk2 kedah ni! staff bndar sri permaisuri sup meletop memang biadap!
Yup, perasan juga bila mereka start beroperasi dekat medan selera. Ramai budak baru…
Memang ada banyak kes gak la… Pernah gak sound dorang bila order kita dorang tak buat-buat lagi.