Inilah muka-muka pelakon tambahan yang terlibat sama dalam pembikinan telemovie “Kisah Sebenar Bibah” yang akan ditayangkan pada bulan 12 ini di TV9.
Telemovie ini diterajui oleh Pekin Ibrahim dan Siti Saleha.
Memang ini merupakan satu pengalaman berharga buat diri Bro dan blogger-blogger lain yang terlibat. Selama ini dok kondem entah apa-apa pelakon itu berlakon. Sekali terkena dekat batang hidung sendiri.
Eh, bukan semua blogger dalam gambar ini. Ada yang bukan blogger.
Pengalaman berlakon dengan Pekin Ibrahim.
Bro perasan beliau pernah berlakon pada awal tahun 2003 (jika tak salah bro) drama apa entah. Kali pertama bertentang dan berkenalan pada tahun 2011 sewaktu Bro tengah cover interview lakonan beliau dalam Filem Bunohan.
Waktu itu, 4-5 bulan sebelum Filem Bunohan ditayangkan di Malaysia. Kemudian kami banyak berkomunikasi di facebook.
Tak sangka, dapat juga merasa berlakon sekali dengan beliau. Walaupun di set lokasi, beliau dok buli Bro di depan blogger lain. Tak pe, Bro tak kisah.. Asalkan mu happy, walaupun dalam hati siapa tahu kan (harap mu tak putus tunang).
Pengalaman berlakon dengan Siti Saleha.
Entah la, tak tahu nak cakap apa. Cuma Bro suka dengan lakonan beliau dalam drama Nora Elena bersama Aaron Aziz.
Walaupun kenkadang jeles juga bila krew Rentak Artis buat event dihadiri oleh Siti Saleha, siap bergambar suap-suap dengan owner RA.
Bro ok.
Ada juga aktiviti Bro bersama blogger dihadiri oleh artis.
Dengan Siti Saleha bro start bersembang sewaktu event Petronas di perkampungan orang asli tahun lepas. Itupun dapat cilok sedikit masa dia untuk ditemubual.
Beliau sentiasa tersenyum di lokasi pengambaran. Aksi dan gelagat beliau comel sangat (Eh nak buat calon isteri boleh?)
Bicara Bro : Bukan senang nak jadi pelakon tambahan. Dari pukul 10 pagi dah berada di lokasi sehingga pukul 10 malam (bro terpaksa balik awal, sebab nak ambil isteri balik kerja)
Ada beberapa babak perlu shoot beberapa kali.
Semua ini pengalaman. Berbeza shooting untuk temubual (Astro Awani & Tvi pernah temubual Bro sendiri) dengan berlakon walaupun tiada skrip he..23x
untung….at least ada pengalaman berlakon kan….
go Bro,,, go for Pelakon Utama pulakk
owh bro dh jadi artis tu , walaupun tambahan :)
Bestlah dapat peluang jadi pelakon tambahan…. Lepas ni jadi pelakon utama pula… ;)
wah.pasni leh ajdi pelakon utama pulak… dh gelmer jgn lupa blogger..hihi
Kalau Bro tercalon dalam ABPBH…saya undi bro..yearghh!!!….errrr.. sapa tau yea tak…ni bukan perli tapi doa, okehh, insha Allah…
Bakal meletop
berlakon memang best.. tapi perlukan komitmen yang tinggi walaupun sekadar pelakon tambahan. pengalaman yang sangat berharga..
p/s : gua tak tahu kenapa siti saleha main mata dengan gua aritu.. ehhhh! :P
sempat lagi bro tu…oh saleha..hahahah
wow BRO! makin femes bro skrg :)
klu ade gosip, jgn lpe pass kt i ok..
ahaha
tahniah bro!!! pengalaman yang bermakna kalau jadi kat sesapa pun,, huhuu
tahniah…..lepas ini banyak dapat job….
Pengalaman penting. Boleh faham suasana kerja pre produksi.
Asyrof pun pernah berlakon.
Tapi ..
Extra Actor jelah ..