broframestone kini trending astro awani
Rupanya bukan senang nak jadi pelakon tambahan.

Jika sebelum ini, Bro beberapa kali muncul dikaca tv sebab diwawancara atau ditemubual. Persediaannya simple sahaja, sehari sebelum shooting boleh relax-relax lagi.

Ini dapat notis kurang 24 jam.

Diberi peluang menjadi pelakon tambahan (aka pak pacak – “kalau tak boleh jadi hang tuah, hang kebun pun jadilah” – dialog dalam filem Seniman Bujang Lapok)

Standard pelakon tambahan :-

  1. Jangan bajet muka anda clear masuk tv/filem
  2. Bawa pakaian sendiri, wardrobe belum tentu ada baju saiz anda (jika anda terlalu kurus, atau terlalu berisi)
  3. Wajib datang awal kalau nak rasa job lagi
  4. PR buat sendiri, nak hired manager tak mampu
  5. Jangan bandingkan payment yang anda terima dengan payment yang pelakon utama terima

Ini kali pertama berlakon drama.

Akan datang kita tak tahu kan. Tetapi Bro ada dapat tawaran untuk mengacara satu rancangan yang dikongsikan di YouTube (masih dalam tempoh perbincangan).

Bro pun dah start nak berlajar tulis skrip.

Bro juga tunggu masa nak jadi bapa je nie. Bulan-bulan terakhir ini apa-apa pun boleh terjadi.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter