You are here
Home > Luahan Hati Seorang Blogger > Luahan Hati Seorang Blogger [Part 33] – Blog Lebih Iklan Dari Pengisian

17,444,542 total views, 3,753 views today

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 33] – Blog Lebih Iklan Dari Pengisian

portal iklan blog

Blog lebih iklan dari pengisian.

Bunyi dah macam peribahasa (ke perlibahasa) dan ianya menjadi topik ke 33 bagi segmen “Luahan Hati Seorang Blogger”

Ianya sebenarnya bukan luahan dari Bro semata-mata, lebih kepada mewakili suara-suara yang lain. Kredit gambar – Reezluv

Baru-baru ini bro melayari internet untuk mencari maklumat melalui enjin carian Google dan Bro buka beberapa laman web dari hasil carian yang dipaparkan.

Kebanyakan laman yang dipaparkan merupakan blog.

Dan laman tersebut (bukan semuanya) tidak memenuhi kateria kandungan yang ingin bro cari melalui keyword yang ingin Bro cari pada Google.

Semua ini penangan SEO, tetapi bolehkah kita anggap blog tersebut mesra SEO jika keyword dan kandungan tiada kaitan?

Paling malang bila hampir 70% paparan pada blog tersebut dipenuhi dengan iklan berbanding dengan isi kandungannya.

Dalam kes Bro, blog yang Bro lawati hampir dipenuh iklan yang terapung.

Ini menyukarkan Bro untuk membaca isi kandungan pada laman tersebut kerana kandungan dilindungi oleh banner iklan tersebut.

Pada banner tersebut tiada butang X untuk menutupnya dan tiada kesan terjadi walaupun iklan tersebut sudah diklik.

Memang trend sekarang, ramai yang ingin menjana pendapatan dari blog.

Tetapi pernahkah anda perhatian blogger-blogger yang mampu menjana pendapatan dari penulisannya di blog? Dimana ia dinamakana sebagai Advertorial?

Ada syarikat yang sanggup bayar beratus malah beribu untuk satu blogpost.

Mungkin blog anda antara blog yang mereka pilih? Siapa tahu, anda yang menentukannya 🙂

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

31 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 33] – Blog Lebih Iklan Dari Pengisian

    1. Boleh saja…

      Satu je Bro boleh pesan, jangan mengharap advertorial itu datang sendiri kepada kita. Kadangkala kita sendiri perlu mencarinya.

      Macam Bro, Bro sedar siapa diri Bro. Sebab itu Bro terpaksa mencari advertorial sendiri T-T

  1. aku pun biasa jumpa blog yg buat iklan nuffnang, advertlets dan sebagainya tu terapung kat tempat yg tak sepatutnya.. sedangkan dah diberitahu iklan2 tu sepatutnya letak di bahagian2 yg dah ditentukan bukan diterapungkan sampai tertutup content blog..

    dah terpaksa sgt kot nak mintak orang klik iklan utk dapatkan duit sebab tu dia buat terapung supaya iklan tu tak hilang dr pandangan pelawat

  2. kalau iklan tu statik je tak apa,masih boleh diterima,kalau jenis pop up dan terapung tu memang susah nak berkomen dan baca keseluruhan entri blog

  3. Bukak je penuh iklan kelip-kelip, terus tutup. Kena plak satu entry satu page pun tutup jugak. And satu lagi pesen blogger, kejar SOE. Tajuk sikit punya gempak, tapi takde info pun 🙁

  4. Memang agak ga suka juga kalau masuk ke suatu blog yang terlalu banyak iklannya yang tidak teratur penempatannya, apalagi jika iklan tersebut menghalangi untuk membaca artikelnya. Saya langsung close saja tu blog

  5. Lain orang lain caranya. Jika itu caranya dia cari makan, biarkanlah. Layan je bro. Takde salah takde yg betul. Yg ada tension mengadap ads yg block content

Leave a Reply

Top