April 27, 2024

Hiasan Dalaman Master Bedroom

master bedroom
Ini merupakan gambar master bedroom rumah yang baru Bro sewa.

Bilik ini agak luas dengan menggunakan hampir keseluruhan ruang pada tingkat dua rumah ini.

Buat masa sekarang, bilik ini sudah dikemas cuma tiada apa-apa perabot untuk di letakkan dalam bilik ini (Biasalah, orang baru kahwin.. Baru nakmula hidup)

Hanya permadani sahaja mampu bro letak bagi menampakkan bilik ini tak kosong (ke korang tetap nampak ianya kosong?)

Ada juga beberapa katalog Bro dan isteri usha dengan tawaran harga yang menarik. Ada yang Bro berminat, tetapi bila lihat pada harganya dan kira-kira duit yang masuk setiap bulan, rasa macam tak termampu lagi.

Mungkin ada rakan-rakan disini sudi berkongsi pendapat dan pandangan yang bernas perabot yang sesuai Bro letak didalam bilik ini termasuk lingkungan harga yang sesuai untuk Bro habiskan dan lokasi menarik untuk Bro dapatkan perabot yang korang cadangkan.

Kalau boleh, biarlah yang boleh bayar secara ansuran dan ada perkhidmatan penghantaran (lokasi Rawang)

Bicara Bro : Teringin nak jadi pakar hiasan dalaman he..23x

Tetapi baik Bro bagi pada orang yang lebih berkelayakan (isteri Bro la kan)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Hiasan Dalaman Master Bedroom

Leave a Reply to Dawaihati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *