Selepas mencetus fenomena ketika dipentaskan di Istana Budaya (IB),
Persembahan ‘Stand-up Comedy’ Lawak Ke Der 2 telah diangkat ke layar perak buat julung kalinya sekali gus melakar sejarah dalam bidang perfileman tempatan.
Lawak Ke Der 2 terbitan Tall Order Productions (TOP) ini akan ditayangkan dalam bentuk filem berdefinisi tinggi (HD) di 70 pawagam seluruh tanah air pada 7 Mac 2013.
Ianya turut ditayangkan di pawagam Singapura dan Brunei Darussalam.
Hans Isaac selaku penerbit dan pengarahnya, mendapat idea untuk mengangkat persembahan Lawak Ke Der 2 ke pawagam untuk memastikan ia ditonton lebih ramai peminat setia persembahan genre komedi berkenaan.
Kita sediri sedia maklum bahawa sebanyak 15 persembahan musim pertama dan kedua Lawak Ke Der ‘sold out’ bila dipentaskan di IB pada Februari lalu. Ia membuktikan jenama Lawak Ke Der berjaya menambat hati penonton di negara ini.
Malah, Lawak Ke Der musim pertama juga berjaya menarik seramai 2.4 juta penonton di laman YouTube.
Manakala, pementasan Lawak Ke Der 2 berjaya menarik seramai 30,000 penonton apabila dipentaskan di IB sekali gus menutup tirai 2012.
Bagaimanapun pihaknya terpaksa memotong sebanyak 30 peratus daripada versi asal selama dua jam setengah kepada 105 minit saja dalam bentuk filem.
Pihaknya telah menyunting semula dan memilih aksi serta babak terbaik untuk diterbitkan dalam bentuk filem tetapi ia tidak menjejaskan jalan cerita asalnya.
Antara babak yang terpaksa dipotong atau disunting semula ialah babak ‘perempuan jadian’ dan dialog ‘double meaning’.
Filem Lawak Ke Der 2 dimantapkan dengan penampilan enam pelawak terbaik tanah air iaitu Nabil, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Harith Iskander, Johan dan Zizan.
Trailer Filem Lawak Ke Der 2
Tengok cerita pun dah tahu kelakar… Terutamanya bila tengok muka Zizan.. Tak payah buat lawak pun dah rasa kelakar… ;)
Tengok muka zizan je dah kelakar ke? he..23x apa la yang lawak sangat dengan muka zizan tue ek?
broo, tengok muka zizan pon dah rasa kelakar habiss. tu belum tengok cite dorang lagi.
Eh dia pun rasa kelakar gak ke tengok muka zizan? pelik2
Assalamualaikum. amboii bro. ada sebelah Hans Issac tu! heheh tak sabar nak tengok kat wayang!! dah nak keluar kan?
Sebab bro pergi masa pratonton filem ini. Rugilah kalau tak bergambar dengan dia kan :)
boikot cerita ni.. hahahahha
minggu ni nak tengok dengan kawan-kawan…
Boikot nape ek?
kan ramai nak boikot cerita ni selepas kes nabil ngn saleh yaacob , afdlin shauki troll Pakatan Rakyat.. tu dorang nak boikot cerita ni skali.. nonsence…
Harith Iskander paling kelakar dalam Lawak Ke Der 2 ni..
Yup betul tue…
jika berkesempatan nak jugak tonton filem nih…
Bagi yang tidak berkesempatan pergi menonton Istana Budaya boleh menonton babak-babak terbaik Lawak ke Der yang dikumpul untuk dijadikan filem.
DAH TNGOK SMLM.. HUHU LAWAK GILA NK PECAH PERUTT.. TP MEMANG PTUT 18 KE ATAS LAA HAHAHA
belum berkesempatan nak tonton lagi di pawagam…kena tgk jgk ni nanti…huhu~
assalamualaikum bro…mesti seronok n lawak jalan ceritanya..:)