You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Anda Perlu Bayar Untuk Menghantar Mesej Di Facebook

17,411,088 total views, 2,617 views today

Anda Perlu Bayar Untuk Menghantar Mesej Di Facebook

Mesej Facebook Berbayar
Kalau ikutkan, Bro pernah dengar pasal ura-ura ini.

Dimana kita akan dikenakan cas (bayar) sekiranya ingin menghantar mesej kepada orang yang tidak kita kenali di Facebook.

Perkara ini baru sebentar tadi terjadi kepada Bro.

Boleh dikatakan kerjaya Bro memerlukan Bro berhubung dengan orang lain melalui facebook termasuk orang yang tidak Bro kenali.

Bayangkan mesej yang perlu Bro hantar kepada dia bernilai RM7.13 untuk memastikan mesej tersebut sampai ke inbox dia.

Jika tidak, mesej tersebut akan pergi ke  “Other Folder” dimana mesej yang kesana tak ramai orang akan perasan akan adanya mesej tersebut.

Sekiranya Bro bayar mesej tersebut, belum tentu orang tersebut akan membalasnya. Maka tidak berbaloi untuk habiskan duit sebanyak RM7 untuk 1 mesej.

Guna sms or email lagi bagus. Email yang lebih lama wujud dari facebook pun xde macam ini.

Adakah sebab ini juga,

Ramai orang tidak membalas mesej yang Bro hantar kepada mereka kerana mereka perlu membayar untuk membalasnya?

Entahlah, tapi ramai juga yang Bro hubungi melalui facebook tidak membalasnya sejak kebelakangan ini.

Erm…..

Facebook menutup periuk nasi ku nampaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Anda Perlu Bayar Untuk Menghantar Mesej Di Facebook

Leave a Reply

Top