Akhirnya blog broframestone.com berwajah baru dan ini merupakan kali ke-3 ianya berwajah baru sejak tahun 2009.
Ini salah satu petanda bahawa pemilik blog ini menyahut cabaran dari saudara Denaihati.
Ini bukan cabaran contest iPhone 5 – Gadget Impian, tetapi menerima cabaran dalam memberi nafas baru kepada blog ini.
Semua pendapat dan kritikan dari entry – Bersama Broframestone di blog Denaihati, Bro terima dengan hati terbuka dalam memberikan yang terbaik kepada pembaca setia blog ini.
Mungkin kerana kebanyakan pembaca blog ini merupakan pembaca setia penulisan Bro sejak tahun 2006. Mereka tidak kisah dengan rupa paras blog ini, yang penting hanyalah pengisian yang ingin Bro kongsikan.
Tetapi bagaimana pula dengan pembaca yang baru?
Tak kan kita nak mereka datang dan pergi tanpa datang kembali ke blog ini?
Tak kan kita nak sentiasa berada di takuk yang sama sampai bila-bila.
Sebagai blogger kita perlu ada matlamat dan paling penting perkembangan positif yang mampu menjadi inspirasi kepada orang lain iaitu pembaca blog kita.
Alhamdulillah,
Baru-baru ini, Bro terpilih menjadi antara Top 10 Blogger – Lelaki Moden Philips Aqua Touch. Pencarian selama 5 minggu merangkumi review kami keatas produk Philips Aqua Touch.
Jasa anda amat Bro hargai sekiranya anda sudi menekan “thumb up” untuk 1 vote sehari kepada Bro.
Undian anda hanya memberikan 20% kepada jumlah keseluruhan penilaian. Tetapi setiap undian anda amat bermakna kepada Bro.
Dalam masa yang sama anda juga berpeluang memenangi Philips Aqua Touch bernilai RM399.
Tidak lupa juga, senarai Top Blogger Malaysia telah dikemaskinikan bagi kategori Blog Peribadi Lifestyle berdasarkan ranking Alexa terkini.
- Denaihati.com : 20,720 Global Rank / 111 Rank in MY
- Benashaari.com : 67,290 Global Rank / 380 Rank in MY
- Ciktom.com : 89,696 Global Rank / 388 Rank in MY
- eyriqazz.com : 78,293 Global Rank / 465 Rank in MY
- akubiomed.com : 82,952 Global Rank / 472 Rank in MY
- Kujie2.com : 75,785 Global Rank / 474 Rank in MY
- Broframestone.com : 75,482 Global Rank / 487 Rank in MY
- Puanbee.com : 67,101 Global Rank / 488 Rank in MY
Kemaskini 20.12.2012 – PuanBee.com
Insya’lah jika tiada apa-apa halangan, Bro akan siapkan senarai Top Blogger Melayu di Malaysia pada penghujung tahun 2012.
Dan dalam senarai tidak akan disertakan blog hiburan, politik mahupun blog copy paste.
Jika ada yang berminat untuk membuat kemaskini ini, Bro dan blogger lain amat menghargainya. Bukan senang nak buat kerja ini dimana ranking sentiasa berubah-ubah setiap hari.
Bicara Bro : Moga rezeki tahun 2013 yang Bro terima dari blog ini akan Bro kongsikan kepada rakan-rakan.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menyertai kempen Projek 100 Bloggers yang pernah bro jalankan sebelum ini.
Dan ada sesetengah daripada mereka menerima projek berbayar untuk blog mereka tanpa melalui Bro. Tiada masalah, asalkan objektif asalnya tercapai.
memang yang tersenarai tu handal dalam blog ni.. tahniah bro..
Eh, bro biasa-biasa je
Tahniah baru jelas kehenseman bro hehehe
dah vote bro… moga berjaya :)
Dah kahwin, kenalah bagi nampak kehenseman diri ini :)
Kalau tidak, kurang awek comel-comel nak datang baca blog ini.
Tahniah Bro… Dah lama saya tak lawat blog ini… Blog Bro dah semakin cantik sekarang ni…
Itulah pasal, tak apa, masing2 ada tanggungjawab kan :)
tahniah bro !!!
Thank fauzi, hope lepas ini lebih mudah untuk menghubungimu he..23x (pedas x?)
Simple n clean :)
Hope korang akan lebih selesa melepak dekat blog ini selepas nie :)
Terima kasih bro. Walaupun kelebihan dari segi teknikal kepada saya ia tidak bermakna kerana trafik tidak ribu raban macam orang lain. Apa pun mengharapkan bro sukses selalu.
Boleh je nak dapat ribu raban macam orang lain. Mungkin perlukan keyword yang lebih mantap
hujung² Disember ni macam bersemangat pula…. azam tahun baru mungkin.
Moga kita akan menjadi blogger yang berhemah
Ramai yang bersemangat, teman je tak kak jie.
Dah nak masuk 3 minggu dok Rawang, sampai la nie tak habis tawaf. Masih tercari-cari port untuk makan etc.
lawa jugak theme baru nie….sempena tahun baru juga bro…
Lebih kurang la… Banyak juga yang nak disempenakan sebenarnya.
lebih laju berbanding dulu. hehe..
Thank, dulu theme agak berat.
semua yg tersenarai tu mmg aktif dan ada saja kelainan dalam kehidupan seharian utk dikongsi bersama.
cm saya ni mmg susah la nk buat blog lifestyle ni sbb nak berjalan pon 2 kali setahun pn ssh. huhu
Tak semestinya blog lifestyle kena berjalan :)
assalamualaikum bro…tahniah2 yer semoga akan terus berjaya yer…:)
Terima kasih maszull :)
wah tahniah bro :D
Thank Azri :)
theme ni nampak elegance bro ..phewittt :D
Itu salah satu perubahan yang bro inginkan. Alhamdulillah ianya berjaya menarik ramai ornag untuk tinggalkan komen.
Tahniah bro. blog DH pun dah senaraikan banyak pembaharuan utk 2013 yg akan dibuat step by step. semuga kita semua boleh menjadikan blogging sebagai karjaya yg baik sebagai bukti kepada anak muda yg masih tercari-cari.
Thank Denaihati, ini baru permulaan untuk persediaan menghadapi tahun 2013 yang mungkin lebih mencabar.
tahniah bro…lawa theme baru ni dan semoga berjaya dalam contest Philips tu
Thank zarul, banyak yang masih berkurangan di blog ini.
Menarikk…. :)
blog sha makin lama makin jauh ke belakang … sob..sob…
Kena banyak yang perlu diperbaiki untuk kembali kehadapan semula, jangan mengalah :)
cantik lah bro theme ni, satu thumbs up untuk bro
Thank…
Terjumpa theme nie. Godek2 rasa macam ok je. Terus pakai
Makin hencem ler nanti tuh.. hik3
kemas theme baru nih…makin mantaplah blog bro lepas nih…:)
Harapnya macam itu la, tiap2 hari banyak blogger wujud dan blogger yang ada perlu meletakan diri pada tahap yang berbeza.
patutlah nampak macam ada kelainan sikit kat templet ni..hehehehe..
macam susah pulak nak kejar top ranking tersebut… cik tom pun dasyat jugak rupanya
Itu la pasal. Jangan pandang dia sebelah mata je boni….
Cayalah bro….perubahan yang positif dan lebih baik kan….
Harapnya macam tue la….
Aku rasa, nama mu perlu ditukar untuk branding. Apa kata tiap kali komen guna nama Hazman Fadzil. Lagi kuat brandingnya + orangnya
salam..
ermm..hebat semua blogger yang tersenarai tu
tahniah buat Bro dan mereka semua :)
W’salam
Mereka hebat, bro tidak…
itulah list blogger-blogger otai..
Bro bukan otai…
Suke theme baru ni sbb x berat mcm theme lama.
Theme lama berat sangat ke?
theme ni memang best. tahniah atas perubahan yang mantap ini.
Thank zul. Harap sudi datang ke blog bro selalu :)
bro ada peluang .. hebat .. nt dapat tuu . amin3
congrat sayang
maaf lamabat sedari.. hehehehe…