Maki Hamun Perempuan, Bila Mengayat Tak DapatRasanya ini kot budaya remaja zaman sekarang.

Nampak awek cun, comey + cute (senang cerita nampak menarik dimata mereka) terus nak ayat.

Bila mengayat tak dapat (direject) atau tak dilayan. Terus nak maki hamun cakap perempuan tue bohsia la, pelacur la dan seangkatan dengan ayat makian yang telah berada di dalam pasaran semasa.

Kalau macam nie gayanya.

Memang nampak niat nak mengorat tue disebabkan hobi, saja-saja atau ada niat yang tak baik.

Mentang-mentang awek itu berdahi licin, muka cantik, body mantap + seksi. Terus nak test power. Sekali tak dapat, terus maki hamun perempuan itu. Kenapa tak nak maki hamun diri sendiri yang tak power mengayat?

Paling teruk,

Bila family perempuan itu pun turut dicaci maki dengan berbagai cacian. Dah tak ada adab ke adik-adik sekalian?

Korang ingat kalau dapat ngorat, tak perlu ke restu mak bapak untuk berkahwin? Atau niat asalnya nak buat stok geli-geli je.

lagu Kosong dari Najwa Latif

Tertiba teringat dekat lagu Kosong dari Najwa Latif.

“Segala kata cacian, Yang telah engkau berikan, Membuatku rasa…………..

Kalau nak berkenalan biar ikhlas. Nak ngorat pun biar bersebab, kalau boleh kerana Allah swt.

Bukan bro nak ajar benda-benda yang tak baik. Cuma nak wujud/tanamkan sikap berbudi bahasa dan hormat menghormati dalam masyarakat kita.

Tapi ada juga segelintir dari kita yang tersilap.

Budi bahasa dijaga untuk mengambil kesempatan keatas kehormatan orang lain. “Ayat baik, semua benda boleh dapat”, kata dorang.

Perempuan pula, jangan mudah tersangkut dengan ayat-ayat manis lelaki yang mendekati anda dengan niat-niat yang tak betul. Kalau nak berkawan biarlah kena dengan caranya.

Kalau rasa ada rasa cinta (jatuh hati), pastikan mereka juga bersedia untuk mengahwini kamu.

Jangan 10 tahun bercinta, bila sebut pasal kahwin. Asik cakap tak bersedia je memanjang. Andartu la gamaknya. Lelaki umur 40 tahun masih ada saham lagi.

Bicara Bro : Entry ini bro tujukan kepada kenalan bro.

Dia cantik, muda dan perjalanan hidupnya masih jauh lagi. Tapi hari-hari dapat cacian dari lelaki yang beliau tak layan.

Dulu ada seorang lelaki buat muka tak puas hati dengan bro macam nak cari pasal. Dia tak sedar ke yang aku nie, abang kepada budak perempuan yang dia nak ngorat tue.

Sampai sekarang, dia tak berani nak tegur bro he..23x

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter