Luahan hati seorang blogger kali ini berkait rapat dengan aktiviti spamming yang berluasa tanpa di sedari atau sengaja di lakukan oleh individu terlibat.

Bukan blogger sahaja, semua pihak juga tidak ingin hidup mereka dispam

Bagi seorang blogger mahupun individu biasa merasa kurang senang bila menerima spamming di blog, facebook, email, sms etc.

Spamming sekali dua boleh diterima.

Bagaimana pula jika ianya bertubi-tubi di terima dan spammernya adalah manusia dan bukan boot [yang selalu digunakan untuk spam setiap komen di blog]

Apakah tindakan yang boleh dikatakan sebagai spam di blog:-

  1. Komen yang tiada kaitan dengan entry, penulis or direct contact dengan pemilik blog
  2. Jejak yang ditinggalkan dengan link yang tidak sepatutnya
  3. Copy paste komen orang atau kandungan entry ke dalam kotak komen
  4. Meninggalkan 2-3 link dalam kotak komen
  5. Meninggal jejak dengan menyatakan “I follow u, u follow me”

Apakah tindakan yang boleh dikatakan sebagai spam di facebook:-

  1. Tag scam-scam desperate mencari orang join MLM
  2. Tag gambar yang tiada kaitan dengan owner, [tag gambar produk promote business jual alat make up perempuan kat profile lelaki – apa kes]
  3. Meninggalkan komen yang tiada kaitan dengan owner, status dan juga direct contact dengan pemilik profile
  4. Add member tanpa mengenali. Dan marah-marah jika tidak di approve
  5. Komen dengan menyertakan link yang tidak sepatutnya

Tak salah berkongsi link or apa-apa promosi

Pastikan buat secara profesional. Dan elakan dari menganggu privasi orang lain.

Bicara Bro : Nanti bro kongsikan artikel 10 cara yang salah mempromosikan blog di laman OhPakar.com