Rezeki bulan Ramadan bila Bro Samurai dipilih sebagai pemenang best dress kategori lelaki sewaktu acara Ramadhan Night Run 2024 di Cyberjaya.
Tak teringat ada kategori ini waktu sampai. Itu pun sebab ada krew acara yang bagitau.
Dah la Bro pakai baju yang sama Bro pakai waktu pergi ke majlis berbuka puasa sebelum datang ke sini.
Yup baju yang sama. Tak sempat nak tukar baju lain, sebab dah lambat (sejam juga la perjalanan rempuh jem dari Shah Alam nak ke Cyberjaya). Terus grab katana yang ada dalam kereta, dan gerak ke tapak acara.
Selamat dapat parking berdekatan. Kalau tidak, kena jauh menapak.
Boleh dikatakan acara ini memang happening, diadakan di Cyber Event Hall yang luas dan selesa. Boleh dijadikan lokasi untuk menganjurkan pelbagai acara.
Penyertaan dikatakan melebihi 500 orang untuk 2 kategori 4km & 10km, dimana peserta dilepaskan pada pukul 10 malam dan 10.15 malam.
Ini pertama kali Bro berlari waktu malam di sekitar Cyberjaya. Agak meriah juga area sini dengan hiasan lampu dan perhiasan bagi menyambut hari raya aidilfitri.
Water station, macam mai open house (ada pelbagai jenis air disajikan).
Kali ini, Bro Samurai berlari bertemankan rakan runner yang juga cosplay runner yang pernah beberapa kali memenangi best dress.
Dekat garisan penamat, disajikan pula dengan air yang sedap-sedap. Ada cendol dan bihun / kuey teow yang digoreng depan-depan gitew, ala pasar malam.
Sempat juga tapaw untuk dibawa balik.
Medal Ramadhan Night Run 2024.
Nampak unik bukan. Kadangkala, bukan sebab yuran penyertaan atau baju cantik menjadi keutamaan untuk orang sertai. Medal yang menarik dan unik juga menjadi tujuan utama untuk orang sertai.
Ikuti Instagram @BroFramestone untuk sertai GIVEAWAY Slot PERCUMA Acara Larian X BroSamurai!
Rezeki Memang Best Dress Ramadhan Night Run 2024
Memang rezeki bila Bro Samurai dinorbatkan sebagai pemenang best dress lelaki sempena Ramadhan Night Run 2024, manakala kenalan Bro pula jadi pemenang best dress wanita.
Terima kasih kepada pihak penaja kerana sudi menaja hadiah kemenangan kami berdua.
Bergambar pula dengan orang kuat penganjuran acara larian Tok Gajah – Cik Li.
Bukan itu sahaja.
Kenalan Bro juga ada yang memenangi podium bagi kategori 10km. Tahniah untuk beliau juga. Kaki podium juga ini. Sebab kenal pun sebab selalu jumpa waktu larian.
Sebenarnya, memang seronok bila selalu join larian macam ini. Selain menjalani kehidupan yang lebih sihat, kita dapat berkenalan dengan ramai orang.
Apa-apa pun, terima kasih kepada rakan runner yang sudi bertegur sapa sepanjang Ramadhan Night Run 2024 berlangsung, hope dapat berjumpa di lain acara.