April 30, 2024

Pusat Servis dan Akademi LG Pertama di Malaysia

Pusat Servis dan Akademi LG Pertama di Malaysia

Jenama peralatan rumah terkemuka, LG Electronics (M) Sdn Bhd, dengan berbesar hatinya mengumumkan pelancaran Pusat Servis dan Akademi LG yang pertama di Malaysia, yang terletak di Sungai Besi.

Pelancaran ini menggariskan komitmen LG untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan di rantau ini.

Kemudahan yang baru ditubuhkan ini menyepadukan pusat perkhidmatan LG dengan akademi yang dijadikan hab pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan juruteknik dan ejen jualan LG supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih teliti.

Ia melambangkan dedikasi LG untuk memastikan setiap pelanggan dapat menikmati pengalaman ‘Life’s Good’ dengan menikmati perkhidmatan yang tiada tandingan.

Selain perkhidmatan servis, pusat ini juga dilengkapkan dengan bilik pameran yang mempamerkan pelbagai rangkaian produk LG. Pelanggan berpeluang untuk meneroka inovasi teknologi terkini daripada LG dengan menyaksikan kualiti dan kepakaran produk-produk LG yang tersedia untuk diperlihatkan seperti sistem hiburan rumah dan rangkaian peralatan elektronik pengguna.

Justin Choi, Managing Director of LG Malaysia

Pusat Perkhidmatan dan Akademi baharu kami di Malaysia melambangkan komitmen kami untuk memenuhi keperluan dan melebihi jangkaan pelanggan. Pelaburan untuk meningkatkan tahap kemahiran pekerja kami di samping penyediaan ruang pameran produk untuk dikunjungi pelanggan jelas membuktikan yang LG berperanan sebagai peneraju dalam penetapan standard yang baharu dalam perkhidmatan pelanggan,” – Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia.

Dengan perspektif yang sentiasa memandang ke hadapan, LG tekad untuk mengembangkan rangkaian perkhidmatannya untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh LG untuk mengukuhkan kehadiran pasaran sambil menyediakan liputan perkhidmatan yang meluas untuk memenuhi permintaan dan jualan yang semakin meningkat.

“Pelancaran ini menandakan permulaan usaha kami untuk meningkatkan kehadiran dan keupayaan perkhidmatan servis LG di seluruh negara. Ia mencerminkan dedikasi kami untuk menyediakan perkhidmatan servis dan sokongan pelanggan yang berterusan bagi mewujudkan interaksi antara pelanggan dan jenama yang positif dan mendatangkan manfaat bagi kedua-dua pihak. Matlamat utama kami adalah untuk memastikan setiap pelanggan LG dapat menikmati pengalaman ‘Life’s Good’,”

Untuk maklumat lanjut mengenai LG dan Pusat Perkhidmatan dan Akademi LG, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *