April 30, 2024

Jom Sertai LEBARUN 2024, Sambil Berlari Dengan Baju Raya Korang!

BroSamurai LEBARUN 2024
Sedar tak sedar, dah setengah bulan kita menjalani ibadah puasa, hari raya bakal menjelma.

Bagi rakan-rakan runner, korang sudah ada plan / acara larian yang nak disertai lepas raya nanti? Jika tiada, Bro nak ajak korang untuk sertai acara LEBARUN 2024.

LEBARUN 2024 bakal berlangsung pada 28 April 2024 bertempat di Dataran DBKL, Kuala Lumpur serentak dengan KL Car Free Morning (KLCFM).

Anjuran Jabatan Belia & Sukan Kuala Lumpur dengan kerjasama PURE EVENTS bertujuan bagi menyemarakkan lagi sambutan hari raya dikalangan warga kota dalam masa yang sama menjadi platform mereka menjalani kehidupan sihat dengan beriadah.

Baju LEBARUN 2024

Medal LEBARUN 2024

Yuran LEBARUN 2024
Jom Sertai kami dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan berlari bersama! Dengan suasana yang meriah, korang boleh berjalan, berlari, atau berlari sambil berjalan – penyertaan korang amat dialu-alukan!

Lebih menarik lagi jika korang dapat sertai sambil berpakaian baju raya, baru nampak meriah ‘raya’ kita nanti. Nak lagi meriah, ajak sekali ahli keluarga, saudara mara serta rakan taulan anda untuk sertai.

Acara ini menawarkan 2 kategori, yakni bagi jarak 3km & 5km dengan yuran penyertaan serendah RM38.

Pendaftaran telah dibuka, dan korang boleh mula membuat pendaftaran melalui pautan INI.

Giveaway LEBARUN 2024 X Bro Samurai

Giveaway LEBARUN 2024 X Bro Samurai

Sempena acara LEBARUN 2024 yang bakal berlangsung nanti. Pihak penganjur berbesar hati menawarkan slot percuma buat rakan-rakan runner & juga pembaca blog ini.

Apa yang anda perlu buat,

  1. Pergi ke Post Giveaway LEBARUN 2024 X Bro Samurai di Instagram.
  2. Follow Instagram Bro Framestone & Instagram KBS X KLCFM
  3. Tag 3 rakan anda di ruangan komen post giveaway
  4. Share post tersebut di IG Stories anda, dan tag @broframestone & @kbsxklcfm berserta hashtag #LEBARUN2024 #LEBARUN2024xBroSamurai #BroSamurai #KBSxKLCFM #klcarfreemorning
  5. 5 pemenang bertuah akan menerima sepasang tiket untuk sertai LEBARUN 2024.
  6. Tarikh tutup pada 9 April 2024 & pemenang akan diumumkan pada 12 April 2024
  7. Pastikan akaun anda pada tetapan umum (public)

Jumpa anda di sana!

Sesambil itu, jangan lupa untuk mendaftarkan diri bagi acara LEBARUN 2024 melalui pautan INI.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *