April 29, 2025

Pemenang Cabaran Teh Tarik @ KL Tower 2024

Pemenang Pemenang Cabaran Teh Tarik KL Tower 2024Cabaran Teh Tarik KL Tower 2024
Menara Kuala Lumpur telah mengadakan Cabaran Teh Tarik @ KL Tower pada 27 dan 28 Januari bermula dari jam 2 petang hingga 5 petang.

Peserta yang menyertai cabaran ini boleh membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000 untuk pemenang pertama, RM3,000 untuk pemenang kedua, atau RM2,000 untuk pemenang ketiga.

Antara aksi peserta bagi ‘Cabaran Teh Tarik ‘ menyerlahkan bakat dan kreativiti dengan aksi memukau yang sempat Bro rakam.

Keputusan Cabaran Teh Tarik @ KL Tower 2024

Tempat Pertama : Syed Khaidhir Bin Syed Abdullah
Tempat Kedua : Pakir Mohamed Bin Jamal Mohamed
Tempat Ketiga : Mohamad Shamier Danial Bin Nor Hasmawi

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang & juga peserta yang menyertai Cabaran Teh Tarik @ KL Tower ini.

Cabaran Teh Tarik ini diadarkan sempena ‘Surrr! In the Sky’ @ KL Tower – Festival Nasi Kandaq yang berlangsung pada 27 dan 28 Januari 2024 di Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur.

Festival yang diadakan selama dua hari ini akan membawa lebih daripada 10 restoran-restoran terkenal dari Pulau Pinang seperti Hameediyah, Kapitan, Hussain Pasembor Padang Kota, Line Clear, Ais Tingkap, Jamal Mohamed (Ketapang), Saddam dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari website Menara Kuala Lumpur www.menarakl.com.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *