November 11, 2024

Konsert Galau Singapura Bakal Dianjurkan di Singapore EXPO pada 9 dan 16 Disember 2023

Konsert Galau Singapura

Konsert Galau Singapura bakal di diadakan pada 9 dan 16 Disember ini di Singapore EXPO menampilkan barisan artis yang diundi oleh orang awam.

Penganjuran Konsert Galau buat pertama kalinya di Singapura, penyanyi dan Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid menyifatkan penganjuran konsert tersebut bagaikan satu malam berkonsep ‘healing’ buat para penonton.

Boleh dikatakan, konsert ini adalah yang pertama kali seumpamanya diadakan di Singapura dan yang pertama di Asia yang menampilkan barisan 10 artis original atau kumpulan popular yang asal.

“Pemilihan artis-artis yang akan terlibat dalam konsert itu nanti bukan dibuat oleh pihak SAH Entertainment sahaja. Tetapi kami ada unit komiti yang digelar SAHabat untuk terlibat sama menguruskan pemilihan artis yang turut melibatkan undian orang awam.”

SAH Entertainment memang komited mahu memastikan semua barisan asal artis ini ada untuk menjayakan konsert ini untuk menghiburkan peminat-peminat menerusi seleksi lagu-lagu galau masing-masing.

Barisan Artis Konsert Galau Singapura
Barisan Artis yang akan menjayakan Konsert Galau Singapura

Konsert Galau akan menyatukan barisan 10 artis ternama dari tiga buah negara serantau iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Antara artis yang terlibat dari Indonesia ialah Judika, kumpulan Noah, Setia Band, ST12, Cakra Khan, D’Masiv dan Kangen Band.

Manakala artis dari Malaysia pula adalah kumpulan Insomniacks dengan Sufi Rashid dan Taufik Batisah pula mewakili Singapura.

Bagaimanapun, kehadiran kumpulan Noah untuk Konsert Galau kali ini khusus sebagai tribute kepada kumpulan Peterpan.

Ini bermakna, vokalis Noah, Ariel bakal membawakan lagu-lagu hits daripada kumpulan Peterpan istimewa bagi menghiburkan peminat yang akan hadir ke konsert berkenaan.

Harga Tiket Konsert Galau Singapura

Penganjuran konsert dengan konsep dua malam merupakan yang pertama kali dilakukan di negara tersebut dan ia merupakan antara keunikan yang ingin ditampilkan oleh SAH Entertainment buat warga Singapura termasuk negara serantau.

Menyasarkan kehadiran seramai 12,000 penonton untuk dua malam penganjuran konsert tersebut, Sufi turut berharap orang ramai terutama peminat lagu-lagu galau sama ada dari Malaysia, Indonesia, Brunei atau di mana-mana sahaja dapat memberi sokongan untuk hadir ke konsert ini.

Meletakkan sasaran seramai 10,000 penonton untuk satu malam, Sufi berkata, penonton dan peminat yang hadir juga berpeluang memilih lokasi ruang mengikut tiga kategori yang disediakan.

Ia termasuk Zon Galau untuk pengalaman ‘Galau’ yang eksklusif, Zon Berdiri dan juga Zon Duduk.

Tiket dijual pada harga yang mampu milik dari $88 hingga $168. Tiket juga ditawarkan dengan diskaun 10% jika pembelian adalah untuk dua malam.

Pembelian tiket boleh dilakukan melalui www.sistic.com.sg

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *