April 28, 2024

Koleksi Star Wars™ Racers Shell Untuk Dikumpul Pada Harga RM49.90

Koleksi Star Wars™ Racers Shell

Shell Malaysia memperkenalkan Koleksi Star Wars™ Racers Shell – kereta kawalan jauh eksklusif dengan kerjasama The Walt Disney Company Southeast Asia.

Koleksi ini menggabungkan inovasi Shell V-Power dan daya tarikan Star Wars bagi mencipta koleksi Star Wars™ Racers pertama di dunia, yang pastinya membuatkan peminat dan pengumpul tegar teruja.

Diinspirasikan daripada pertempuran antara cahaya dan kegelapan, koleksi edisi terhad ini menampilkan enam kereta kawalan jauh iaitu:

  • Darth Vader™ Racer
  • Stormtrooper™ Racer
  • Darth Maul™ Racer
  • The Mandalorian™ Racer
  • Boba Fett™ Racer
  • BB-8™ Racer

Kumpul Koleksi Star Wars™ Racers Shell

Koleksi yang sangat dinanti-nantikan ini telah direka dengan teliti dan diinspirasikan daripada beberapa watak Star Wars yang terkenal, selain daripada meraikan legasi Shell dan populariti cerita Star Wars di Malaysia.

Tampil elegan, bergaya dan gelap, Darth Vader™ Racer diilhamkan berdasarkan karakter kegemaran peminat Star Wars. Jeriji kereta ini seakan topeng Vader dan lengkap dengan lampu belakang LED seperti matanya.

Seterusnya, mewakili kekuatan “Imperial Army”, Stormtrooper™ Racer mengetengahkan imej bersih dan minimalis putih berkilat.

Darth Maul™ Racer direka dengan warna metalik merah darah yang berkilauan seperti tanda khas pada watak asalnya. Ianya lengkap dengan bumbung yang diilhamkan daripada tanduk Maul yang menonjolkan gaya agresifnya.

The Mandalorian™ Racer pula disalut dengan wama matte perak diinspirasikan daripada Din Djarin dan perisai beskarnya. Anda juga akan mendapati “signet” The Mandalorian™ di “bahu” roda belakang kanan.

Boba Fett™, pemburu upahan ganas dan cekap turut ditampilkan bersama dalam koleksi ini. Kemek pada topi keledar Boba Fett™ dan “targeting rangefinder” diterjemahkan ke dalam reka bentuk kereta ini yang menampilkan warna hijau matte tentera.

Melengkapkan koleksi 2023 ini ialah astromech setia, BB-8, Kompak dan futuristic, BB-8™ Racer tampil dengan warna oren dan putih yang semestinya menyerlah di litar perlumbaan.

Koleksi Star Wars™ Racers Shell

Shell X Star Wars Collection

Koleksi Star Wars™ Racers Shell mengekalkan kesemua ciri istimewa, termasuk kawalan Bluetooth dan bateri pintar daripada Koleksi Shell Motorsports tahun lalu.

Dengan Shell Racing App yang boleh didapati di App Store dan Google Play, pelanggan boleh menikmati pengalaman perlumbaan unik bertemakan pengembaraan antara galaksi yang mendebarkan.

Mulai 6 Oktober hingga 19 November, satu model kereta kawalan jauh Bluetooth edisi terhad ini akan dikeluarkan setiap minggu, eksklusif di stesen minyak Shell di seluruh negara.

6 Shell's Star Wars™ Racers Collection

Koleksi Star Wars™ Racers kecuali Darth Vader™ Race boleh dibeli pada harga RM49.90 dengan pembelian bahan api minimum RM50 dalam satu resit untuk Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing.

Bateri Bluetooth pula boleh didapati pada harga RM30 dengan pembelian bahan api minimum, sama seperti pembelian model kereta.

Darth Vader™ Racer boleh didapati secara percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra/Power 4L di stesen minyak Shell.

Untuk melengkapkan koleksi ini, pelanggan juga boleh membeli peti koleksi pada harga RM89.90 dengan pembelian RM80 Shell V-Power Racing dalam satu resit.

Lengkapkan Koleksi Star Wars™ Racers Shell dan mulakan perjalanan epik di Shell sementara stok masih ada.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *