April 29, 2024

Samsung Galaxy A34 5G Kini Ditawarkan Pada Harga RM1,599

Samsung Galaxy A34 5G Malaysia

Sedang mencari telefon baru untuk raya ini? Apa kata korang jadikan Samsung Galaxy A34 5G sebagai telefon raya anda kali ini.

Baru-baru ini Samsung Malaysia telah memperkenalkan Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G baharu yang membolehkan korang merasai sendiri pengalaman kehebatan ‘Awe-Day, Awe-Night’ (sepanjang hari dan malam)!

Untuk kali ini, Bro akan bercerita tentang Samsung Galaxy A34 5G yang ada dalam gengaman Bro yang kini telah mula ditawarkan pada harga RM 1,599.

Best ke idak? Korang kena baca sampai habis.

Unboxing Samsung Galaxy A34 5G

Unboxing Samsung Galaxy A34 5G

Sebelum itu, bagi Bro unboxing dulu Samsung Galaxy A34 5G untuk berkongsi kandungan yang terdapat dalam kotaknya yang lebih tipis berbanding model-model terdahulu.

Di dalamnya terdapat :

  • 1x Samsung Galaxy A34 5G – 8GB RAM | 256GB Awesome Silver
  • 1x kabel pengecasan USB  Type C
  • Safety Pin
  • Risalah Panduan & Jaminan

Di sini Bro dapati ianya tidak didatangkan dengan palam pengecas & casing. Nampaknya anda perlu dapatkan ia berasingan.

Skrin Galaxy A34 5G

Samsung Galaxy A34 5G dilengkapi skrin Super AMOLED sebesar 6.6-inci FHD+ (1080 X 2340 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz.

Jika ditelitikan, ia dilengkapi skrin yang lebih besar berbanding dengan skrin yang terdapat pada Galaxy A54.

Pengimbas cap jari juga tersedia pada bahagian bawah skrinnya.

Hadir  dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1080 dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman sebesar 256GB, bagi menenuhi kateria untuk berada dalam kalangan mid-range telefon pintar yang berada di pasaran.

Bro dapati, Galaxy A34 5G ini  mempunyai fungsi RAM Plus yang menukar ruang storan kepada virtual memory bagi menampung kapisiti memori tambahan sehingga 8GB RAM. Maka jumlah maksimum RAM boleh pergi kepada 16GB.

Untuk ruang storan pula, boleh ditambah melalui slot kad micro SD sehingga saiz sebesar 1TB.

Kamera Utama Galaxy A34 5G

Untuk kameranya pula, Bro agak kurang gemari designnya. Bukan design betuk kamera pada mata kasar, tapi design lensa kamera yang timbul dan menjadikan bahagaian belakang Galaxy A34 5G ini tidak rata.

Harap ada casing yang mampu memberi perlindungan kepada kamera dari tercalar.

Tri-kemara utama digunakan dengan konfigurasi 48MP (lebar) + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (makro), manakala kamera swafotonya pula 16MP.

Hadir dengan bateri sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan 25W dan boleh dicas menggunakan port USB-C.

Pre-Order Galaxy A34 | Galaxy A54

BELI : Samsung Galaxy A34 5G di Kedai Rasmi Samsung

Samsung Galaxy A34 5G tampil didalam 4 pilihan warna iaitu Awesome Lime, Awesome Silver, Awesome Violet dan Awesome Graphite.

Mana satu pilihan korang?

Untuk review yang lebih mendalam bagi Samsung Galaxy A34 5G ni, Bro akan kongsikan sebelum raya nanti. Stay Tuned…!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *