April 24, 2024

vivo V27 Dilancarkan di Malaysia Dengan Harga Bermula Dari RM1,799

vivo V27 Malaysia

vivo telah memperkenalkan model terbarunya, vivo V27 untuk pasaran Malaysia dengan harga bermula dari RM1,799.

Ia merupakan satu penambahan pakar potret tahap perdana terkini kepada siri V yang bergaya.

Dilengkapi dengan Sistem Potret Cahaya Aura yang eksklusif, reka bentuk warna yang bergaya, cip 4nm berprestasi tinggi dan skrin melengkung 3D.

vivo V27 direka dengan mengambil kira gaya hidup bergaya penggunanya. Kamera perdana dengan Sistem Potret Cahaya Aura meningkatkan pengalaman fotografi melalui integrasi fotografi optik dan pengkomputeran.

Model vivo V27 Malaysia

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan Video Malam Super dan Penstabil Imej Hibrid (OIS + EIS) yang membolehkan pengguna merakam video dengan butiran yang terang dan jelas dalam persekitaran yang gelap.

Warna telefon pintar baharu ini lebih memukau dan menarik, dengan setiap satu menawarkan pengalaman visual yang berbeza dengan mempergunakan Kaca Zamrud dan Kaca AG Fluorit.

Cip 4nm generasi baharu memacu prestasi berkuasa peranti dan meningkatkan pengalaman pengguna. vivo V27 juga mempunyai skrin melengkung 3D 6.78” dan dilengkapi dengan hayat bateri yang tahan lama.

Dilengkapi bateri 4,600mAh (TYP), dan membolehkan kuasa pengecasan 66W dengan kecekapan penukaran tenaga puncak sehingga 97.5% menggunakan teknologi FlashCharge yang dibangunkan vivo sendiri.

Disokong lagi dengan sistem penyejukan canggih, telefon boleh dicas hingga 50% dalam masa 19 minit sahaja semasa skrin dimatikan.

vivo V27 Tampil Dengan 3 Pilihan Warna

vivo V27 hadir dengan tiga pilihan warna – Emerald Green, Flowing Gold dan Noble Black. Setiap warna mempunyai aliran reka bentuk yang menawan yang memberikan rupa dinamik, artistik, ringkas dan elegan.

Edisi Emerald Green menggunakan Kaca Zamrud dengan kesan perubahan warna di bawah cahaya UV.

Ciri Istimewa vivo V27

Ia menggabungkan 14 lapisan salutan gred-nano untuk meningkatkan kelicinan dan kejernihan kaca. Emerald Green memberikan penampilan yang menyegarkan sambil menunjukkan warna dinamiknya.

Edisi Noble Black menggunakan Kaca AG Fluorit tetapi dengan tekstur kilauan timbul pada permukaan yang menyerupai bintang di langit malam.

Manakala Edisi Flowing Gold menggunakan teknologi Gradien Warna Titik Cahaya 3D untuk mencipta corak riak air yang memberikan telefon kesan visual 3D pada permukaan 2D.

Harga vivo V27

Harga vivo V27

vivo V27 boleh didapati dalam dua varian dan berharga RM1,799 untuk 8GB+256GB dan RM1,999 untuk 12GB+256GB. Pengguna boleh mendapatkannya di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, E-Store rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok.

Dari 1 April hingga 1 May 2023, pelanggan yang membeli vivo V27 layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM957, termasuk jaminan lanjutan 1 tahun, perlindungan skrin 1 tahun dan kotak hadiah eksklusif.

Tambahan pula, vivo juga memberikan Diskaun Pendidikan bernilai RM50 untuk pembelian vivo V27 varian 12GB dengan menunjukkan kad pengenalan pendidikan/kerja mereka semasa membuat pembelian.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *