Filem Pada Suatu Cinta Dahulu arahan Hashim Rejab mampu membuat penonton mengimbas kembali kenangan sewaktu berada dialam sekolah dulu.
Filem romantik komedi yang menerapkan kisah cinta dizaman sekolah.
Cerita yang agak santai dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan diselitkan dengan babak romantik/cinta yang mudah diterima.
Gelagat cinta monyet yang cuba disampaikan mampu membuat anda ketawa dalam masa yang sama teringat kembali kenangan sewaktu anda berada dialam persekolahan.
Ianya diterajui sendiri oleh pelakon Intan Ladyana, Nizam Zaidi dan Wawa Zainal.
Sinopsis Filem Pada Suatu Cinta Dahulu
Ianya mengisahkan tentang diri Zainal yang agak tertekan dengan alam perkahwinan dimana ianya tidak seperti yang dia harapkan sekarang ini.Sewaktu mengikuti sesi kaunseling, ia membuatkan dia mengingati kembali tentang memori silamnya.
Pada 18 tahun yang lalu,
Ketika di alam persekolahan, Zainal terkenal dengan kenakalannya bersama dengan rakan baiknya sewaktu berada ditingkatan 4. Sewaktu itu Zainal mempunyai seorang kekasih yang bernama Nora.
Sikap Nora yang lurus bendul membuatkan Zainal mula bosan. Dalam masa yang sama Nora sentiasa nampak habiskan masa dengan lelaki lain. Ini menyebabkan Zainak bertindak diluar kawalan sehinggakan dia digantung sekolah.
Tempoh digantung sekolah ini digunakan Zainal untuk enjoy dan terlibat dengan satu kejadian di gerai cendol Kejadian ini memperkenalkan Zainal dengan Azura, seorang gadis yang cute dan pendek yang juga kena gantung sekolah akibat bergaduh.
Hampir setiap hari mereka berjumpa membuatkan Zainal semakin hari semakin menyukai sikap Azura yang selamba itu.
Namun segalanya berubah apabila Zainal mengetahui Azura sentiasa mengelak untuk berjumpa dengannya sewaktu Zainal jatuh hati kepadanya.
Apakah yang terjadi kepada Zainal? Kenapa Azura menghilangkan diri? Semuanya akan terjawab dalam filem romantik komedi, ’Pada Suatu ‘Cinta’ Dahulu’.
Trailer Filem Pada Suatu Cinta Dahulu
Review Filem Pada Suatu Cinta Dahulu dari Bro Framestone
Selepas menonton filem ini, banyak babak yang mampu mencuit hati Bro untuk ketawa bersama penonton yang lain. Ianya mampu menarik memori kita sewaktu berada di alam persekolahan dulu.
Kenangan yang Bro telah tinggalkan berbelas tahun dulu datang kembali sewaktu menonton filem ini.
Pemilihan pelakon juga tetap dalam memastikan penonton berasa sedang menonton lakonan pelajar sekolah. Watak yang dibawa oleh Intan Ladyana juga tidak mengecewakan. Begitu juga dengan Nizam Zaidi selaku peneraju filem ini.
Ada beberapa babak dalam filem ini memang babak yang pernah kita lakukan waktu sekolah dulu (kecuali jika anda jenis kayu sewaktu berada dialam persekolahan)
Untuk keseluruhan bagi Komedi Romantik, Bro bagi 4.9/5.0 bintang.
Alamak… Cerita ini boleh membuatkan saya teringat cinta monyet masa zaman muda-muda dulu… ;)
hahahahahahaX23…
Oh ye ke? cer cite cer cite
Saya memang suka menonton filem yang temanya tidak memberatkan kepala macam cerita ini.
Filem macam ini mungkin sesuai untuk mu. Ada masa, tontonlah filem ini…
aku pun jadi teringat cinta monyet dulu..
indah…peh
Cam mana la cerita cinta monyet mu dulu ek
menarik ni… perlu tengok.. zaman sekolah zaman nerd ku. eh sampai sekarang nerd. he he
He..23x bro bebudak nerd memang selalu Bro buli he..23x
ada hati nak buli. kita tengok sape buli sape yeee
heheh dah tengok cerita ni semalam,memang best la,terkenang zaman sekolah menengah dan cinta monyet dulu tu
dulu mu cinta monyet dengan siapa? apa cerita dia sekarang ek?
Wah nampak menarik cerita ni. Nak2 plak ada wawa zainal yg cun tu.
Minat wawa zainal ek
perghh saya dah la layan cerita romantik ni. hehe
weekend ni nak tengok la keluar sekejap ajak buah hati. boleh ajak dia kenang kisah lama kitorang sesama. :D
Seronok kalau dapat layan citer nih..sinopsis dia macam teruja jer..hehe
mcm layan je movie ni….imbau masa zaman sekolah dulu…heee~
assalamualaikum bro…hehehee seronok juga tengok cite ni…:)