September 9, 2024

foodpanda Sumbang RM200,000 Untuk Panda Gergasi di Zoo Negara

foodpanda Sumbang RM200,000 Panda Gergasi Zoo Negara

foodpanda Malaysia memberi sumbangan sebanyak RM200,000 untuk panda gergasi di Zoo Negara dalam usaha memulihara haiwan terancam ini.

Cek sumbangan telah diserahkan dalam satu majlis di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) bagi digunakan untuk menjaga kebajikan dan keselesaan haiwan comel berkenaan.

Inisiatif murni ini yang telah berlangsung selama tiga tahun berturut-turut adalah sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) foodpanda yang berterusan terhadap usaha pemuliharaan panda di Zoo Negara.

“Saya berasa sangat gembira kerana kami dapat bekerjasama sekali lagi dengan Zoo Negara. Segalanya bermula pada 2020 apabila kami menyahut seruan Zoo Negara yang meminta orang ramai dan sektor korporat mengambil haiwan-haiwan di sini sebagai haiwan angkat, ekoran daripada tempoh penutupan zoo yang panjang akibat pandemik.” – Jay Ar Juan, Pengarah Kanan Komersial foodpanda Malaysia.

foodpanda Panda Gergasi Zoo Negara

Panda sering dianggap sebagai comel dan manja, ia sememangnya terkenal dengan rupanya yang ikonik, mampu menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya dengan serta-merta.

Dari segi reka bentuk, logo dan maskot kesukaan ramai foodpanda yang baru dilancarkan tahun ini – Pau-Pau juga adalah seekor panda (walaupun ia berwarna merah jambu!), sekali gus menjadikan sumbangan ini lebih bermakna.

“Walaupun kita telah beralih kepada fasa endemik dan pengunjung zoo telah kembali meningkat, namun kami tetap komited untuk terus memberikan sumbangan kepada panda gergasi kerana haiwan itu melambangkan jenama foodpanda dengan sifatnya yang periang, mesra dan bersemangat.

Tiada cara yang lebih baik untuk kami melahirkan penghargaan kami terhadap panda ini selain daripada membantu dan menyokong usaha pemuliharaannya.”

Panda Ahead Zoo Negara

foodpanda Malaysia juga komited untuk memasang papan tanda arah di sekitar kawasan zoo bagi memudahkan para pengunjung mencari Pusat Konservasi Panda Gergasi, tempat di mana Xing Xing, Liang Liang, dan Sheng Yi ditempatkan.

Penjenamaan itu akan menjadi papan tanda kekal di Zoo Negara, menambahkan lagi keceriaan di sekitar kawasan berkenaan

Berteraskan kepada identiti jenama itu yang sememangnya sudah dikenali ramai, foodpanda baru-baru ini turut melancarkan falsafah jenama Hidup Gaya Panda yang menggalakkan penggunaan agar sentiasa tenang seperti panda, dengan membenarkan foodpanda melakukan semua tugas-tugas berat, seperti membawa kegembiraan dan kemudahan kepada para penggunanya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *