May 19, 2024

Lazada Jualan Sepuas Hati Akhir Tahun 12.12

Lazada Jualan Sepuas Hati Akhir Tahun

Sempena hujung tahun, Lazada memeriahkan Jualan Sepuas Hati Akhir Tahun 12.12, mulai 12 hingga 14 Disember dengan ribuan promosi hangat, ganjaran dan tawaran hebat daripada pelbagai jenama dan penjual.

Bagi mereka yang merupakan pemburu promosi, anda boleh jimat besar dengan pembelian berbaloi menerusi tawaran Sepuas Hati dari pukul 12 tengah malam sehingga 2 pagi, dan juga pada pukul 12 tengahari sehingga 2 petang, sepanjang 3 hari jualan tersebut.

Malahan, terdapat pelbagai produk LazFlash dengan potongan sehingga 90%, serta Crazy Deals pada harga serendah RM0.12 dan RM12.12.

Sekiranya anda membuat pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet, anda akan menerima *potongan RM1 dengan pembelian minimum RM10.

Di samping itu, baucar kegemaran ramai iaitu *Penghantaran Percuma tanpa pembelian minimum akan diperbaharui pada setiap jam dan baucar tersebut boleh dikumpul menerusi Lucky Egg, atau dengan menyertai Voucher Club atau klik sahaja pada ikon Penghantaran Percuma di Halaman utama aplikasi Lazada.

Lazada 12.12 All-Out Balloon Voucher Drop, Lazzie Hunt dan promosi ‘Mesti Beli’

All-Out Balloon Voucher Drop

Lazada membawakan siri aktiviti istimewa sempena Jualan Sepuas Hati Akhir Tahun 12.12, bermula dengan ’12.12 All-Out Balloon Voucher Drop’ di beberapa lokasi di seluruh negara – bermula di Lembah Klang, hinggalah ke Genting Highland, dan terus mara ke Pulau Pinang dan Johor – di antara 8 hingga 11 Disember 2022.

Keriangan balloon drop yang pertama telah berlangsung di Publika Shopping Gallery pada 8 Disember 2022. Lebih 500 orang pengunjung telah bersama-sama menyertai acara tersebut yang mana mereka dapat merebut peluang memenangi hadiah apabila meletupkan belon-belon yang mengandungi baucar istimewa.

Orang ramai boleh mengunjungi lokasi balloon drop yang telah ditetapkan untuk menyaksikan detik meriah dan menyertai keriangan ‘hujan belon’ sambil merebut baucar Lazada, baucar penjual dan banyak lagi promosi bernilai lebih RM45,000.

Di samping itu, Lazada juga akan membawa warna ceria biru dan merah jambu naik tinggi ke awan biru di lokasi istimewa iaitu Genting Highlands.

Jelajah Lazada di Sky Avenue, Resorts World Genting

Pada 9 Disember, orang ramai boleh mengunjungi acara jelajah Lazada di Sky Avenue, Resorts World Genting untuk curi-curi tengok dan rebut promosi ‘Mesti Beli’ pada harga istimewa Jualan 1212, dan boleh terus membeli atau kumpulkan tawaran sepanjang acara* tersebut.

Orang ramai juga boleh membeli produk terpilih pada saiz sampel semasa acara jelajah tersebut menerusi ciri istimewa Lazada iaitu ‘Cuba & Beli’ (Try & Buy) sebelum membeli produk saiz penuh dengan diskaun tambahan semasa Jualan 12.12.

Kemeriahan akan terus digandakan dengan Lazzie Hunt terbesar yang bakal berlangsung secara fizikal pada 9 Disember di Skytropolis, SkyAvenue.

Orang ramai boleh memburu dan mengumpul maskot Lazada, Lazzie, untuk ditukarkan dengan ganjaran menarik tajaan jenama-jenama seperti Gintell, Fitness Concept, Grand Atelier, dan Trapo. Pada hari yang sama, pengguna Lazada yang memaparkan aplikasi Lazada di telefon pintar mereka turut boleh menebus tiket percuma di Skytropolis dengan hanya beberapa langkah mudah!*

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi Genting Highlands, jangan risau. Mulai sekarang hingga 19 Disember, orang ramai boleh memenangi ganjaran menerusi permainan dalam-aplikasi (in-app game) Lazada, iaitu misi harian Lazzie Hunt dengan mengumpul karakter Lazzie melalui pelbagai cara.

Antaranya dengan mengimbas kod QR pada bungkusan Lazada atau cawangan bank CIMB dan Maxis yang terpilih. Lazzie tersebut kemudiannya boleh ditebus untuk mendapatkan ganjaran menarik, termasuk Rebat Wallet, LazCoins, baucar Penghantaran Percuma, Lazada Bonus, dan hadiah berjenama.

Jualan Akhir Tahun 1212 Lazada

Nota Kaki : Bergambar dengan maskot Lazada, Lazzie di Publika.

Alhamdulillah berjaya kumpul voucher sebanyak yang boleh sewaktu ‘12.12 All-Out Balloon Voucher Drop’ untuk digunakan sewaktu Jualan Sepuas Hati Akhir Tahun 12.12 di Lazada.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *