March 28, 2024

Kempen Drypers Moms of Malaysia di Sunway Pyramid

Drypers Moms of Malaysia
Kempen Drypers Moms of Malaysia telah dilancarkan hari ini hingga 26 April 2015 bertempat di Blue Concourse, Lower Ground, Sunway Pyramid.

Tujuan kempen ini adalah untuk menyampaikan mesej kepada ibu-ibu seluruh negara bukan sekadar meraikan peristiwa besar, tetapi juga menghargai detik-detik harian bersama anak.

Dalam erti kata lain, setiap hari ialah Hari Ibu!

Drypers ialah jenama di bawah SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd dan kini menjadi jenama lampin pakai buang pilihan ibu-ibu Malaysia sejak 15 tahun lalu.

Oleh itu, bagi menghargai peningkatan jumlah pelanggan setianya, Drypers membuka kelab online Drypers Baby Club pada 2014 mempunyai bilangan komuniti ibu bapa hampir 100,000 keahlian seluruh negara.

Drypers Moms of Malaysia di Sunway Pyramid

Kelab online tersebut juga satu-satunya komuniti seumpamanya dan Drypers menjangkakan bilangan keahlian meningkat sekali ganda menjelang tahun hadapan.

Menurut Evelyn Chan, Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd.

Sebagai peneraju jenama lampin pakai buang bersama kewujudan sebuah kelab yang mana kedua-duanya bercirikan sokongan dan pendidikan, kami merasakan kepentingan untuk mengingatkan dan menggalakkan wanita supaya menghargai pengalaman keibuan mereka secara menyeluruh bagi apa sahaja detik kecil setiap hari, termasuk peristiwa besar dilalui sepanjang anak-anak membesar.

Kami tidak hanya menyediakan produk bayi bertaraf dunia, kami juga secara aktif memberikan galakan kepada ibu bapa supaya saling bantu-membantu dalam memupuk hubungan ibu bapa-anak yang gembira dan sihat.

Drypers Moms of Malaysia

Pendaftaran Drypers Baby Club

Anda boleh menyertai Drypers Baby Club dengan membuat pendaftaran diri semasa acara kempen berlangsung atau secara online di laman www.drypers.com.my untuk menjadi sebahagian komuniti keibubapaan yang memberikan sokongan dan galakan kepada wanita dalam pelbagai peringkat keibuan.

Ahli-ahli akan berkongsi tip dan nasihat keibubapaan serta menerima e-mel yang dikemas kini secara kerap daripada Drypers mengenai perihal penjagaan anak.

Ahli-ahli juga bakal menikmati program ganjaran Drypers Point Shop yang membolehkan mereka mengutip mata menerusi pembelian produk Drypers dan kemudian menebusnya dengan alat mainan menyeronokkan dan berbentuk pendidikan.

Drypers Moms of Malaysia di Sunway Pyramid

Semasa acara Drypers Moms of Malaysia di Sunway Pyramid, ahli-ahli Drypers Baby Club dan anak-anak diberikan akses eksklusif ke VIP Club yang membolehkan mereka menyertai peraduan mewarna, sesi bercerita dan snek percuma.

Pelancaran juga menyaksikan penyokong Drypers Moms of Malaysia dan bakal ibu, Elaine Daly berada di atas pentas bersama selebriti ibu, Aishah Sinclair dan Dr Jezamine Lim Iskander untuk berbual mesra mengenai detik dan pengalaman berharga dilalui mereka sepanjang bergelar ibu.

Drypers Moms of Malaysia

Seiring semangat kempen, 200 foto berserta judul yang merakamkan aksi ibu-ibu Malaysia berkongsi detik istimewa bersama bayi mereka turut dipaparkan di atas pintu gerbang masuk berbentuk hati.

Ibu-ibu digalakkan membawa si kecil mereka dan menyertai aktiviti dianjurkan sepanjang acara Drypers Moms of Malaysia, termasuk menaiki belon untuk anak kecil dan aneka permainan lain yang menawarkan peluang memenangi pelbagai hadiah Drypers.

Pelanggan yang membeli produk Drypers juga layak menerima pelbagai hadiah menarik, termasuk menyertai sesi fotografi khas bersama anak mereka.

Maklumat lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia boleh diperoleh di laman Facebook Drypers Malaysia, https://www.facebook.com/DrypersMY

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Kempen Drypers Moms of Malaysia di Sunway Pyramid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *