Mungkin kita tidak sedari selama ini kita biasa menggunakan ungkapan “Berasa takut hingga perut memulas”, “perut kenyang, hati riang” dan “perasaan jijik yang meloyakan” bagi mengambarkan emosi anda.
Ini mengambarkan bahawa emosi manusia memang berkait rapat dengan perut dan usus, yang merupakan komponen saluran gastrousus (GIT).
Kita sering menggunakan ungkapan sedemikian untuk menggambarkan keadaan emosi kerana saluran gastrousus sememangnya amat sensitif dengan emosi kita.
Rasa marah, risau, sedih, bimbang – dan pelbagai emosi lain, berupaya mencetuskan tindak balas fizikal di dalam usus.
Dalam beberapa kajian terbaru, para saintis mendapati bahawa keadaan emosi yang negatif boleh membawa kesan buruk kepada sistem gastrousus kita. Malangnya, kebanyakan emosi negatif dalam kehidupan moden di bandar berpunca daripada tekanan kerja.
“Bagi mereka yang bekerja di bandar, hanya segelintir yang bernasib baik dan tidak dibebani tekanan berterusan,”
– Datin Swanee Teh, Pengurus Unit Perniagaan Nuvaceuticals™ (salah satu divisyen Nuvanta Sdn Bhd.)
Nuvanta baru-baru ini telah menganjurkan bengkel kerja bertajuk “Tekanan Kerja Membebankan Usus – Tekanan Kerja: Membawa Akibat yang Lebih Buruk Berbanding Sebelumnya” dengan panel penceramah jemputan antarabangsa termasuk Pakar Perubatan Dr. Paras Doshi, Pakar Psikologi Klinikal Dr. Pryidarshini Srinivasan dan Pakar Gastroenterologi & Pengamal Terapi Semula Jadi Dr. Vagif Soultanov.
Tahukah Anda Apa Itu Simptom GERD?
Walaupun anda tidak menyedarinya, anda mungkin pernah atau sedang mengalami pedih hulu hati, gastritis, refluks gastroesofagus (GERD) dan Sindrom Usus Rengsa (IBS).
Anda mungkin berasa pedih dan terbakar pada bahagian dada anda, atau berasa masam dan pahit pada belakang tekak anda, atau merasakan asid perut naik ke atas selepas makan, atau perut kembung, penuh angin dan tidak selesa tanpa sebarang sebab.
Simptom-simptom lain seperti batuk yang kering, sukar menelan dan sakit perut yang berulang mungkin sebenarnya menandakan masalah gastrousus.
Menurut Dr. Vagif Soultanov, pakar penyakit berkaitan gastrousus.
Simptom GERD ialah ketidakselesaan perut, ketakcernaan, kembung perut, angin dan sakit pada bahagian perut atas. Selain sinus dan asma, GERD merupakan salah satu punca utama batuk kronik.
Jika refluks naik sehingga ke atas tekak anda, ia dipanggil LPRD atau Penyakit Refluks Laringofarinks. Tekak kita lebih sensitif kepada kesan asid perut dan enzim pencernaan.
Untuk meningkatkan pemahaman mengenai masalah gastrousus, peserta bengkel diminta melengkapkan ujian EQ yang ringkas bagi menilai kecerdasan emosi mereka, iaitu penanda bagaimana seseorang individu menangani tekanan kerja.
Matlamat bengkel tersebut adalah untuk mendidik warga kerja mengenai hubungan antara tekanan kerja dengan kesihatan gastrosusus.
Peserta diberikan penerangan oleh Dr. Priya mengenai cara-cara menangani tekanan manakala Dr. Doshi pula memperincikan hubungan psikosomatik antara tekanan dengan saluran gastrousus.
Sesi disusuli oleh Dr. Soultanov yang menghuraikan tentang kesan tekanan terhadap perut dan bagaimana, jika dibiarkan tanpa rawatan, penyakit gastrousus berpotensi menjadi kanser.
Menurut Dr. Doshi.
Tekanan mengaktifkan respons “lawan” atau “lari” pada manusia. Ia menyekat rembesan gastrousus dan mengurangkan aliran darah ke perut, punca berlakunya ketakcernaan.
Tekanan yang berterusan akan menjejaskan pergerakan saluran gastrousus, mencetuskan keradangan atau meningkatkan kecenderungan terhadap jangkitan.
Punca Tekanan
Menurut Dr. Priya.
Tekanan berlaku apabila kita gagal memberikan respons yang sewajarnya kepada ancaman emosi atau fizikal.
Tubuh kita bertindak secara semula jadi untuk mempertahankan diri apabila diancam oleh persekitaran, bagi membolehkannya mengekalkan keseimbangan fizikal dan psikologi.
Kelesuan emosi, fizikal dan mental merupakan tanda-tanda tekanan.
Simptom lain yang dikaitkan dengan tekanan kerja termasuk letih sepanjang hari, tidak bersemangat untuk bekerja, berulang kali melihat jam, hilang tumpuan dan sering tidak hadir di tempat kerja.
Emosi lawan Perut
Menurut Dr. Soultanov.
Mereka yang pernah berasa loya sebelum melakukan pembentangan atau persembahan pasti menyedari betapa rapatnya hubungan antara perut dengan otak.
Walaupun bukan semua penyakit gastrousus dikaitkan dengan mainan minda, simptom sememangnya boleh wujud apabila elemen psikologi digabungkan bersama faktor-faktor fizikal.
Kita tahu bahawa otak mempunyai hubungan langsung dengan perut. Semasa makanan dihadamkan, otak dan saluran pencernaan sepanjang 30 kaki ini terus ber’dialog’ anara satu sama lain.
Komunikasi dua hala ini menjelaskan mengapa anda berhenti makan apabila anda kenyang – saraf di dalam perut memberitahu otak bahawa perut sudah penuh.
Itulah juga sebabnya mengapa perasaan risau untuk menghadiri janji temu doktor pada waktu tengahari boleh membantutkan selera anda ketika sarapan.
Hubungan antara otak dengan perut sangat intim sehinggakan ia seharusnya dilihat sebagai satu sistem bersepadu dan bukannya dua sistem yang berasingan.
Apabila masalah perut berlaku tanpa diiringi sebarang jangkitan atau sebab fizikal yang ketara, cubaan untuk menyembuhkannya tanpa mempertimbangkan impak tekanan dan emosi adalah umpama cuba meningkatkan prestasi kerja kakitangan tanpa mengambil kira persekitaran kerja atau perangai bosnya.
Kelesuan Fizikal, Kerengsaan Dalaman
Menurut Dr. Soultanov
Persaingan di tempat kerja, beban kerja yang banyak dan waktu kerja yang panjang adalah antara beberapa sebab mengapa ramai orang menanggung tekanan kerja.
Lima puluh peratus populasi dewasa di Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu gangguan gastrousus manakala 16% pula menghadapi masalah refluks asid.
Tekanan sememangnya tidak dapat kita hindari, namun apa yang kita boleh lakukan ialah membuat persediaan dan melindungi tubuh dan perut kita daripada kesan mudarat akibat tekanan kerja.
Tekanan bukan sahaja menyebabkan kelesuan, malah ia juga mencetuskan kerengsaan di dalam perut yang dipanggil gastritis. Gastritis merujuk kepada keradangan lapisan perut. Jika tidak ditangani, gastritis boleh merebak menjadi ulser.
Kira-kira 90% kes gastritis dan ulser kronik berlaku disebabkan jangkitan Helicobacter pylori (H.pylori).
Kewujudan bakteria perut penyebab kanser ini meningkatkan risiko kanser perut sebanyak enam kali ganda. Kekerapan jangkitan H.pylori adalah tinggi dan melibatkan sekurang-kurangnya separuh daripada populasi dunia.
Bioeffective® A ialah ekstrak jejarum hijau pain konifer yang telah terbukti secara saintifik mampu menyembuhkan sistem gastrousus. Ia merupakan agen pelindung dan rawatan yang ideal bagi mereka yang sering tertekan dan menghadapi masalah gastrousus.
Dalam percubaan klinikal, pesakit yang mengalami keadaan perut pra-kanser dan yang menerima Bioeffective® A telah melaporkan pengurangan simptom dispeptik (GERD) seperti gastritis, refluks asid dan masalah usus. Pemeriksaan endoskopik menunjukkan bahawa keradangan gastritis juga semakin pulih.
Ini bermaksud Bioeffective® A berkesan untuk menangani punca masalah gastrousus serta mengembalikan fungsi perut yang normal. Bukan itu sahaja, rawatan Bioeffective® A juga berupaya membasmi H.pylori dalam kalangan 60% pesakit.
Paling mengagumkan, ciri penyembuhan ekstrak jejarum pain itu berjaya mengurangkan lesi pra-kanser dalam kalangan 46% pesakit.
Bioeffective® A bertindak melalui cara yang berbeza berbanding ubat penyekat rembesan asid atau antibiotik. Agen terapeutik semula jadi ini berperanan mengembalikan kenormalan sel-sel perut, seterusnya mewujudkan persekitaran yang tidak sesuai untuk jangkitan.
Tingkatkan EQ, Tangani Tekanan
Walaupun Bioeffective® A memberikan perlindungan fisiologi untuk perut yang mengalami tekanan; Dr. Priya mengesyorkan instrumen berpotensi tinggi yang sering digunakan oleh pakar psikologi untuk mengurangkan tekanan, meningkatkan produktiviti dan menambahkan pendapatan.
Menurut beliau,
EQ atau Darjah Kecerdasan Emosi mendemonstrasikan keupayaan manusia untuk mengenal pasti emosi dan seterusnya bertindak balas dengan cara yang sewajarnya.
Saintis membuktikan bahawa individu yang mempunyai kecerdasan emosi lebih mudah menyesuaikan diri kepada tekanan persekitaran dan lebih produktif dalam melaksanakan tugasan mereka. Lapan puluh peratus kejayaan disumbangkan oleh EQ manakala hanya 20% dicapai melalui darjah kepintaran
(I.Q).
Kesedaran untuk meningkatkan EQ telah memberikan manfaat yang besar kepada ramai individu. Pada tahun 2014, penyelidik dari Universiti Bonn menunjukkan bahawa orang-orang yang memiliki EQ tinggi berupaya menangani tekanan dengan lebih baik dan memperoleh pendapatan yang lebih banyak berbanding rakan sekerja yang kurang EQ.
Kini, anda pasti sudah maklum bahawa EQ yang lebih tinggi juga boleh membawa manfaat yang besar untuk mengatasi masalah perut.
Selalu sangka tekanan kerja menyebabkan berlaku ulcer mulut. Rupanya ulcer boleh berlaku didalam usus juga.
Setuju sangat. Info yang sangat2 berguna. Dalam buku motivasi How to Stop Worrying and Start Living ditulis oleh Dale Carnegie pun ada mengatakan penyakit perut ni berpunca daripada kerisauan dan stress. :D
assalamualaikum,nuvapine ni boleh diambil oleh ibu yg menyusukan anak ke?