March 29, 2024

Majlis Pelancaran Single Ayda Jebat – Pencuri Hati

Majlis Pelancaran Single Ayda Jebat - Pencuri Hati
Baru-baru ini, Bro berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Single ke-2 dari Ayda Jebat yang berjudul Pencuri Hati.

Single ini merupakan OST Isteri Vs Tunang yang sedang disiarkan menerusi saluran Astro Ria.

Menurut Ayda,

Michael Ang sendiri yang request inginkan lagu terbaru dari Ayda untuk dijadikan OST bagi drama terbaru beliau. Wah….!!!

Mantap Ayda sekarang nie.

Majlis Pelancaran Single Ayda Jebat - Pencuri Hati

Lagu ini merupakan hasil karya Ayda Jebat sendiri bersama dengan Kevin Chin yang menampilkan irama dangdut didalamnya.

Ayda juga berhajat untuk mempromosikan lagu Pencuri Hati ini di Indonesia melalui syarikat rakaman beliau – Paranormal Records. Ini kerana, lagu ini dirakam sepenuhnya di Jakarta oleh Irwan Simanjuntak.

Video sewaktu Ayda Jebat mempersembahkan single ke-2 beliau sewaktu majlis pelancaran yang berlangsung di Sri Damansara Club.

Comel pulak backup dancer beliau.

Majlis Pelancaran Single Ayda Jebat - Pencuri Hati

Paranormal Records telah merangka beberapa perancangan bagi tahun 2016 dengan memperkenalkan beberapa artis dan talent yang baru mengikat contract bersama mereka.

Dalam masa yang sama, mereka membuka peluang kepada artis bukan Melayu untuk berkerjasama dengan mereka selepas kejayaan mereka mengetengahkan bakat Elizabeth Tan hingga ke Pentas Akhir Anugerah Juara Lagu (AJL30).

Klik untuk lirik Pencuri Hati – Ayda Jebat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Majlis Pelancaran Single Ayda Jebat – Pencuri Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *