Bintang rap dari Singapura, YHB Sleepsalot kini tampil dengan single terbaru yang berjudul ‘Tukar Currency’ bagi mengukuhkan tapak dalam industri muzik di Malaysia.
Tukar Currency adalah lagu pertama tahun ini keluaran bakat baharu cukup menyinar itu selepas menutup tahun 2021 dengan karya romantiknya Jatuh Boi tahun lalu.
Meminati muzik sejak kecil, YHB Sleepsalot mula menulis lagu seawal umur 13 tahun dan melancarkan muzik sendiri pada 16 tahun menggunakan rentak yang ditemuinya menerusi YouTube selain mempelajari sendiri produksi penghasilan lagu.
Untuk menulis lirik lagu dalam bahasa Melayu, beliau akui perlu ambil masa dan merujuk kamus kerana tidak terlalu fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan apabila menulis lirik, dia memerlukan fokus yang tinggi.
Tukar Currency merupakan lagu bahasa Melayu kedua YHB berduet bersama Nakalness dibawah edaran syarikat rakaman, Universal Music yang dicipta oleh RIIDEM, SonaOne dan YHB sendiri.
Kemunculan lagu Tukar Currency sedikit sebanyak dapat memperbaiki penguasaan bahasa Melayunya yang lemah itu.
Tukar Currency Gambar Keterujaan YHB Sleepsalot Melangkah Keluar Dari Singapura.
Sejak sempadan negara dibuka beberapa tahun lalu, warga Singapura berpeluang untuk mengubat kerinduan menjejak tanah Malaysia, dan sebaliknya. la turut dirasakan YHB Sleepsalot yang tidak bertangguh ke Kuala Lumpur (KL) pada Mac lalu di mana dia dapat bertemu semula dengan sahabat serta rakan artis dalam industri rap.
Dalam persiapannya menuju ke sini, tercetus sebuah perasaan yang menurutnya kembali segar dalam diri, lantas ideanya terhasil daripada gambaran betapa terujanya dia dapat melangkau keluar dari Singapura.
“Sewaktu pergi menukar wang, ia serta-merta mengembalikan semula kenangan itu, katanya teringat masa itu. “Rasanya agak pelik dan pada masa sama mengingatkan saya betapa pentingnya melawat KL. Ada saja berlaku pertukaran budaya dan idea. la benar-benar buatkan saya terinspirasi.”
Semua idea rasa itu kemudian dirangkumkan dalam Tukar Currency yang diterjemah ke bahasa Melayu daripada istilah Inggeris, Currency Exchange.
Tukar Currency menggunakan rentak ‘breezy trap’ Yang dicipta RIIDEM di mana YHB turut merakam perjalanannya dan selitkan metafora berkisar kemewahan, kesungguhan, dan kuasa.
Dia mash kekal merendah diri tapi optimistik pada masa sama dan disalurkan pada baris lirik ‘Kalau ambik L aku tambah jadi V, terjemahan daripada “If I ever take an L (loss), l’Il bounce back and turn it back up.”
Sejak mula berkarya dalam muzik, YHB ambil berat terhadap populariti diraihnya dari luar Singapura meskipun agak asing buatnya kerana ketika itu baru pertama kali menulis lirik. Dia memiliki peminat dari Malaysia yang serta-merta menyukai corak rap tersendirinya selepas mendengar lagunya di platform penstriman dan media sosial.
Tukar Currency kini boleh dinikmati di semua platform penstriman.
Perihal YHB Sleepsalot
Kesungguhan tinggi untuk terus berkarya membuahkan hasil apabila lagunya Karabujan meraih perhatian ikon hip hop serantau iaitu SonaOne dan ALYPH. Diikuti lagu Terminal dan Blow Up yang memasuki senarai lagu dimainkan di Spotify’s New Era: Asian Hip Hop.
Bakat muda ini juga pernah menjadi artis pembuka tirai persembahan penyanyi rap terkenal serantau termasuk MK K-Clique, Kidd Santhe, dan Tuju K-Clique.
Berbekalkan bunyi unik serta kepelbagaian diskografinya, YHB Sleepsalot kemudian dilamar menjadi artis Def Jam South East Asia, Universal Music Singapura pada 2020 sekali gus menjadi artis termuda dinaungi label itu. Dia melancarkan lagu pengenalannya berjudul Don’t Miss Demo, kesinambungan kepada kemampuannya menghasilkan sebuah lagu dalam tempoh kurang sejam.
Pada Jun 2021, YHB Sleepsalot melancarkan Jatuh Boi yang menampilkan SonaOne dan meraih hampir 25,000 penstriman di YouTube, 35,000 tontonan di YouTube dalam tempoh dua minggu pelancarannya.
Menulis dari kejauhan lagu itu bersama SonaOne dalam satu malam saja, lirik dan melodi mengkhayalkan hasil sentuhannya dapat pujian NME Asia, TimeOut (Singapura) serta media Malaysia termasuk HITZ, Era, Harian Metro, tonton dan Kosmo.
Bahkan, dia turut menghiasi muka depan majalah dalam talian Getaran (Malaysia). Disebut antara artis perlu diberi perhatian tahun ini ole The Straits Times, YHB meletakkan piawaian tinggi terhadap dirinya sebagai penyanyi rap dan penulis lagu bagi terus mewarnai industri serantau dengan kehebatan muzikalnya.
Agak pelik tajuk lagu tukar currency, tapi apa pun syabas anak muda sebab berjaya mewarnai industri muzik serantau.semoga semakin sukses dalam kerjaya.