Team SMG telah menjadi Juara Mobile Legends: Professional League Malaysia (MPL MY) Musim Ke-8. Kedua-dua pasukan Team SMG dan juga naib juara Todak akan mara ke kejohanan peringkat dunia, M3 World Championship yang akan berlangsung pada Disember tahun ini.
Playoffs MPL Malaysia Musim Ke-8 merupakan kejohanan e-sukan yang pertama dianjurkan secara ‘offline’ bersama penonton dan telah diadakan di Ideal Convention Centre, Tropicana Gardens Mall di Selangor.
Kejohanan ini telah dianjurkan dengan kawalan SOP yang ketat dimana semua yang hadir perlu menampilkan sijil vaksinasi dan membuat ujian antigen atau RTK sebelum memasuki dewan. YB dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu juga memberi ucapan sewaktu kejohanan berlangsung.
“Mobile Legends: Bang Bang Professional League adalah pemangkin industri e-sukan tanah air sejak sekian lama dan saya amat berbangga dengan pemain-pemain yang telah “Rise Up” dan berjaya melayakkan diri ke kejohanan peringkat antarabangsa.
Industri e-sukan kini semakin popular dan berkemungkinan besar popularitinya akan mengatasi sukan tradisional di masa akan datang.” – YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan.
Pusingan akhir menyaksikan pertempuran “best-of-seven” (BO7) yang sengit dimana pasukan Todak tewas di tangan Team SMG selepas kemenangan bersih 4-0. Juara membawa pulang hadiah terkumpul USD 100,000 dan langganan digital Yoodo selama setahun.
Mobile Legends: Bang Bang Professional League berfungsi sebagai satu platform untuk memberi peluang kepada atlet e-sukan di Malaysia. Dikuasakan oleh MOONTON Games dan kerjasama bersama KFC, Yoodo, Rexona dan Nescafé, kejohanan profesional ini telah memainkan peranan yang penting dalam ekosistem e-sukan Malaysia dengan menyokong bakat muda dan organisasi e-sukan tempatan.
Lebih daripada 165,000 penonton telah menyaksikan acara akhir secara serentak, sekaligus memecahkan record musim lepas (S7) dengan peningkatan sebanyak lebih kurang 53,000 penonton.
Musim ini, liga MPL MY telah berganding dengan KFC, Rexona dan Nescafé untuk mengeluarkan pakej eksklusif bagi pemain-pemain MLBB. Bundle eksklusif POWERUP dan hidangan MVP boleh didapati di KFC App yang boleh didapati secara delivery sehingga 21 Oktober ini.
Peminat boleh mendapatkan deodorant edisi terhad Rexona Men x MPL Malaysia dari kedai terpilih dan platform e-dagang, dan berpeluang untuk mendapatkan permanent skin bernilai 699 diamonds.
Bagi mereka yang ingin menikmati kopi dengan segera dalam hari yang sibuk, boleh dapatkan Nescafé tin di mana-mana pasar raya dan petrolmart terdekat.
Untuk maklumat lanjut, sila ke https://my.mpl.mobilelegends.com/.