July 25, 2024

Yoodo Membawakan PUBG Mobile Campus Championship 2021

PUBG Mobile Campus Championship 2021
Yoodo sekali lagi bekerjasama dengan PUBG Mobile untuk menganjurkan PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) edisi 2021 dengan hadiah keseluruhan RM60,000 untuk dimenangi!

Kejohanan khas untuk pelajar pengajian tinggi tersebut turut disokong oleh Rakan Telefon Pintar Rasmi, Xiaomi; Rakan Rasmi, Viu; dan Rakan Corn Strips Rasmi, Mission Foods. PMCC 2021 dijangka akan menarik lebih 1,000 pelajar kolej dan universiti dari seluruh Malaysia.

Mereka akan bertarung dalam pertempuran maya yang penuh aksi untuk merebut hadiah wang terkumpul, slot wildcard untuk penyertaan automatik ke PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2022, serta kredit dan barangan eksklusif Yoodo.

PMCC tahun ini juga menyaksikan Caster Search Yoodo yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada 2020 kembali pada tahun ini. Inisiatif ini memberi peluang kepada para pengulas yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan kemahiran mereka dan memulakan karier masing-masing dalam bidang e-sukan, dan dalam masa yang sama turut menyokong matlamat utama Yoodo untuk memupuk bakat rakyat Malaysia.

Yoodo PUBG Mobile Campus Championship 2021

Bukan itu sahaja! Yoodo turut menyokong bakat tempatan dengan pencarian duta kampus PMCC 2021 – segmen pencarian bakat baharu dalam usaha mencari mereka yang layak untuk menjadi duta kejohanan tersebut.

Pelajar-pelajar berbakat yang memenuhi ciri-ciri sebagai ikon PMCC 2021 boleh menghantar penyertaan melalui video pengenalan untuk disenaraikan.

Sementara itu, para gamer yang terdiri daripada pelajar akan bertarung dalam di medan pertempuran melalui sessi kelayakan yang akan berlangsung di antara 30 Oktober – 14 November 2021. Lima pasukan yang layak akan terus bertarung mengikut zon-zon seperti berikut:

  • Kawasan Tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya)
  • Selatan (Melaka Negeri Sembilan, Johor)
  • Utara (Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak)
  • Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)
  • Borneo (Sabah, Sarawak Labuan)

Dari sini, 16 pasukan teratas dan terbaik negara akan bertempur di pertandingan akhir PMCC 2021 pada 20 – 21 November 2021.

Para peminat boleh menyaksikan aksi pertempuran di skrin masing-masing kerana kejohanan ini akan disiarkan secara digital pada 30 Oktober (kelayakan Borneo), 31 Oktober (kelayakan Timur), 5 November (kelayakan Utara), 6 November (kelayakan Selatan), 7 November (kelayakan Kawasan Tengah), 13 – 14 November (Liga PMCC) dan 20 – 21 November (pertandingan akhir PMCC) di laman Facebook Yoodo Esports.

Pendaftaran untuk PMCC 2021 kini dibuka. Para pelajar boleh mendaftar di http://www.yoodo.com.my/pmcc2021.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *