April 25, 2024

Cara Nak Aktifkan Nombor Telefon Yang Tamat Tempoh, Sebab Lupa Topup

No Telefon Prepaid Mati
Pernah tak nombor telefon korang mati / tidak aktif / tamat tempoh sebab lupa nak topup?

Bro pernah hadapi & ada rakan-rakan juga hadapi masalah yang sama.

Benda ini biasa terjadi kepada mereka yang jarang guna nombor tersebut. Hanya topup sekali sekala. Kebiasaannya ianya merupakan nombor kedua, nombor kepada telefon kedua.

Dalam kes Bro,

Nombor yang tamat tempoh itu adalah nombor untuk business makanan yang Bro buat sekarang ini. Memang beli nombor itu khas untuk urusan business secara whatsapp.

Disebabkan hanya guna wifi sahaja, memang jarang topup. Selalunya 2 bulan baru topup, itu pun topup RM1 sebab nak nombor itu sentiasa aktif.

Malangnya tengah seronok ada banyak whatsapp masuk, sekali tengok network tulis no service. Macam pelik juga. Jenuh restart phone banyak kali siap keluar masukan balik sim kad.

Bila try call.. Sekali tak boleh (dia cakap apa entah). Terus roger Customer Service Digi melalui facebook, suruh dorang check apa masalah yang Bro hadapi. Rupanya, nombor yang Bro guna dah tamat tempoh pengaktifannya pagi tadi.

Memang cuak gila la..

Dah 2 tahun business pakai nombor ini, sekali burn macam itu je kalau tak dapat balik. Dah la banyak customer roger pakai nombor ini.

Tauhu Begedil Puncak Alam

Iklan : Ini business yang Bro buat – Tauhu Begedil Sambal Kicap Parit King.

Kemudian Customer Service Digi bagitau masih sempat lagi nak selamatkan nombor ini dengan syarat kena pergi ke mana-mana Digi Store dalam tempoh 5 hari.

Yup, kena pergi ke Digi Store, bukannya cawangan Digi yang biasa kita biasa nampak. Sebab hanya Digi Store je ada hak untuk uruskan benda macam nie. Sekali Google, just ada 5 Digi Store sahaja dekat area KL & kesemuanya memang agak jauh dari rumah Bro T-T

Alhamdulillah Nombor Dapat Diselamatkan

Disebabkan masa agak suntuk, Bro paksa diri juga untuk ke Digi Store yang terdekat walaupun lebih 100 Km pergi balik.

Mereka kata nombor boleh diselamatkan tapi ambil masa 1 – 3 hari.

Mereka akan minta semua maklumat kita untuk pastikan nombor prepaid yang kita guna sebelum ini adakah ia didaftarkan atas nama kita atau tidak.

Untuk selamatkan nombor tersebut, kita dikehendaki menukar plan kepada postpaid (menangis tang nie), selepas 2 bulan baru boleh tukar kepada prepaid semula.

Sewaktu Bro otw balik, dapat call dari Digi Store untuk datang & ambil sim kad baru. Part ini, tidak dibenarkan wakil untuk ambil. Maka Bro patah balik ke sana walaupun waktu itu dah nampak bumbung rumah.

Akhirnya, Bro berjaya dapatkan balik nombor yang dah mati tue.

Cuma hingga kini, Bro masih belum tukarkan ia kembali kepada prepaid. Sebab belum berkesempatan nak ke Digi Store. Tak pasti pula boleh buat dekat cawangan Digi ke tidak.

Cara Dapatkan Kembali No Telefon Yang Tamat Tempoh

Maka ada baiknya Bro kongsikan pengalaman Bro sebelum ini untuk rujukan rakan-rakan or pembaca blog ini, bagi memudahkan korang dapat semula nombor tersebut.

Apa yang korang perlu buat untuk dapatkan semula no telefon yang dah tamat tempoh?

  1. Hubungi customer service untuk dapatkan kepastian lokasi mana yang mana boleh selamatkan no telefon tersebut.
  2. Pastikan nombor telefon tersebut didaftarkan atas nama siapa. Jika nama orang lain, maka orang tersebut yang kena pergi buat pemohonan.
  3. Prepare duit untuk upfront payment untuk bil postpaid. Ini kerena pihak Telco akan request anda daftar nombor untuk postpaid guna nombor asal anda.
  4. After 2 bulan, kita baru boleh request untuk tukar nombor kita dari postpaid kepada prepaid semula.
  5. Jangan lupa untuk pastikan nombor telefon anda kekal aktif. Sekurang-kurangnya topup RM1 sebulan sekali.

Kalau x salah, jika nombor kita tidak aktif selama 2 bulan lebih, ianya akan ditamatkan tempoh. After 5 hari, anda tiada hak untuk dapatkan kembali nombor anda sehingga ianya direlease kepada pasaran (jenuh la nak check hari2 kot2 dah boleh beli balik ke tidak nombor tadi).

Antara Vivo V20 Vivo V20 Pro

BACA : Nak Beli vivo V20 atau vivo V20 Pro 5G? Mana Satu Lebih Berbaloi!

Jika tak nak perkara macam ini berlaku lagi, ada baiknya ikut tip dari kenalan Bro :-

  • Install aplikasi telco – So kita boleh pantau tempoh jangka hayat kehidupan nombor kita. Bila rasa-rasa nak dekat tamat tempoh, pepandai la topup.
  • Guna 2 sim kad pada 1 telefon – Kebanyakan telefon pintar zaman sekarang nie, support 2 sim kad lebih-lebih lagi pada mereka yang beli nombor hanya untuk layan whatsapp sahaja.
  • Jika nombor itu amat bermakna bagi anda tapi jarang guna. Gunakan ia untuk call / sms nombor anda yang lagi satu, supaya nampak ia macam kekal aktif hahaha.
  • Guna e-sim – Tak banyak telefon pintar support e-sim buat masa ini. Tapi kebanyakan pengguna yang pakai telefon support e-sim, memang tak pakai prepaid hahaha apa kelas.

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

30 thoughts on “Cara Nak Aktifkan Nombor Telefon Yang Tamat Tempoh, Sebab Lupa Topup

  1. huwaa nangis! tengah tunggu staff Maxis tu call. Harap lah good news. RM98 sebulan pun takpelah pasrah.

    Sebab terkezuttt, lupa tanya ada contract ke tak. sebab kawan yang ex- cust service Maxis tu cakap min 6 bulan. matilanakkk.

    good thing is, dah beberapa hari tak shopping online -_- sebab takde tempat masuk TAC. semua saving acc, cc semua kat nombor tu

  2. Agak agak mahal tak bayar tu? Saya baru tamat pagi ni. Semalam dah dapat mesej katanya akan ditamatkan, pastu dah topup sekali nengok ‘ failed ” tahu tahu pagi ni. Dah takde dlm perkhidmatan. Huhuhu

    1. Assalamualaikum tuan nk tanya kalau nombor kita lebih kurang dah lama x aktifkan adakah masih boleh aktifkan semula nombor tu? Kerana account TikTok saya masih ada nombor lama jadi nak dpt code x blh. TikTok tu Bru Sya nk aktifkan balik tiba2 smlm log out sndiri so nk masuk balik x dpt. Jadi macam mana ye nk log in balik ke nak kena tukar nombor baru, baru blh dpt semula?.

  3. Ohkay..baru tahu kena tukar ke postpaid dulu eh skrg ni… Sebab dulu pernah hilang celcom.. dia xde suruh tuko ke postpaid dulu…. Tapi lama dah berrlalu.. huhu..

    Tertarik dengan e-sim tu…. Wow

  4. sekarang dah ada pilihan..kalau dahulu kalau dah tak aktif terus jadi no postpaid untuk jualan seterusnya.
    Baguslah sekarang tak perlu update mana mana kalau no dah bukan milik

  5. Oh! kena tukar postpaid dulu ya lepas 2 bulan boleh tukar prepaid semula.
    Nombor anak pernah kena tapi celcom depa kata boleh dapat no sama kena tukar postpaid tapi takde pulak dia bagitahu boleh tukar prepaid semula selepas 2 bulan purnama. Tapi depa suruh pi bayar dulu hutang Digi yang Sis dah lupa kira-kira 20 tahun lapau punya hutang choiii! bad debt pun nak berkira.

    1. Kalau nombor tue xde orang ambil.. boleh je dapatkan balik no tue… Kena pergi dekat mana2 service centre… tp kena ambil yang postpaid, dia xkan kuarkan no itu as prepaid

  6. Betul ke boleh ambil aktifkan semula no yg dah terminated,? sebab saya masa terminated number phone dalam 1 bulan macm tu I try nak aktif kata tk boleh, number tu I pakai buat register mysejahtera pula.so sebb tu number tk aktif I tk boleh update mysejahtera.

    1. If satu bulan.. Memang tak boleh..

      Tapi ada tanya x pasal nak aktifkan balik macam mana.. Dia mesti akan suggest buat postpaid.. Kalau nak maintain prepaid, memang tak boleh.

  7. 3 tahun dulu kehilangan nombor utama, pakai servis Maxis, sebelum ni nombor tu plan 1 tahun sekali pun boleh topup, sekali topup tahan setahun. Beli masa student, mungkin dah tamat sebab bukan student lagi. Cuma terkilan, sbb terlupa topup lebih 2 minggu saja.

  8. Assalamualaikum tuan nk tanya kalau nombor kita lebih kurang dah lama x aktifkan adakah masih boleh aktifkan semula nombor tu? Kerana account TikTok saya masih ada nombor lama jadi nak dpt code x blh. TikTok tu Bru Sya nk aktifkan balik tiba2 smlm log out sndiri so nk masuk balik x dpt. Jadi macam mana ye nk log in balik ke nak kena tukar nombor baru, baru blh dpt semula?.

  9. No tamat tempoh…tpi nama owner ex dulu…tpi no tu dh lama pakai..baru tamat tempoh 3 hr….macam mn nk no tu blk…boleh ke dan nk tukar terus nama owner dulh

  10. Boleh saya tahu, apa cara untuk aktifkan semula no yang telah tamat tempoh 3 hari lepas? Sudah menghubungi Umobile Operator, tapi mereka memaklumkan bahawa saya kena contact dengan original operator kerana 8 tahun lalu saya membeli nombor tersebut dari operator lain yang saya lupa sama ada Maxis atau Celcom atau Digi.

  11. Saya punya nk renew tapi staff dia ckp kena owner number tu yg renew …masalah nya sy la yg beli sim tu..hmm taktahu la boleh ke tak

  12. Assalamualaikum. Nak tanya, kalau dah pergi centre. Dia akan call kita kalau no lama kita tu dah boleh beli & bagi tarikh untuk kita datang. Possible ke akan dapat beli no lama tu?

  13. Ada yang tahu macam mana nak dapatkan semula no lama yang masih orang belum gunakan lagi no itu dah terminated kalau dulu pakai rangkaian a b c d e f nak no yang terminated ke rangkaian H ada yang tahu caranya tunjuk ajar ?

Leave a Reply to ROSILAH BINTI ALI Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *