Hai semua, hari ini Bro ingin kongsikan beberapa tip bagi menghias rumah terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin dan tinggal menyewa.
Tidak dapat dinafikan, kebanyakan pasangan muda yang baru berkahwin tidak mempunyai rumah sendiri.
Sebelum ini, ada yang duduk menyewa dengan rakan-rakan yang bujang, dan ada juga yang masih tinggal bersama ibubapa mereka.
Bila sudah berkahwin, baru terlintas nak duduk berdua dengan pasangan dan inginkan privasi (Tak kan dah kahwin masih nak duduk bawah ketiak mak bapa lagi)
Solusinya….
Cari rumah sewa.
Nampak macam mudah, tetapi solusi ini bakal mengundang perspektif yang berbeza jika rumah sewa anda tidak berhias dan kosong sahaja (Kecuali anda dapat rumah sewa yang fully furnished)
Kebanyakan pasangan muda yang baru berkahwin dan baru nak mulakan hidup bersama mempunyai masalah kewangan bila ia dihabiskan untuk majlis perkahwinan (jangan nafikan, ini adalah kebenarannya).
Sebab itu ada rakan yang berkongsi cerita sewaktu awal perkahwinan dulu, rumah mereka hanya ada ada dapur masak, tv letak atas lantai, makan duduk bersila atas surat khabar dan tidur berlapikan tilam toto.
Maka, apa solusi anda untuk memastikan rumah yang anda sewa tidak menampakkan rumah anda kosong walaupun ada perabot?
Di sini Bro ingin kongsikan beberapa tip untuk menghias rumah sewa anda sedikit demi sedikit, ikut kemampuan anda walaupun memakan masa.
1 – Pemilihan Perabot Berdasarkan Warna Cat Dalam Rumah
Sebelum anda berketak suami isteri untuk membeli perabot yang punyai warna kegemaran anda. Pastikan ia bersesuaian jika digandingkan dengan warna cat dalam rumah sewa anda.
Kita sebagai penyewa bukan boleh sewenangnya cat rumah ikut suka hati kita. Biar dapat persetujuan dari tuan rumah, atau tuan rumah yang catkan sebelum kita memasuki rumah berkenaan.
Macam kes Bro, tuan rumah yang cat semula sebelum kami duduki rumah berkenaan.
Pemainan warna banyak memberi perspektif yang berbeza kepada saiz ruang, dan emosi. Jika warna kurang kena, mampu buat anda rasa kurang selesa duduk di rumah walaupun rumah sentiasa kemas.
Maka ini memudahkan anda membuat keputusan dalam pemilihan warna pada perabot untuk dipadankan dengan warna dalam rumah anda.
Kecuali jika anda memilih untuk samakan warna perabot contohnya sofa anda dengan langsir atau karpet untuk menyerlahkan lagi suasana dalam rumah anda.
Kredit gambar : Bangunan Rumah Mas.
Nampak menarik bukan? Pemilihan perabot juga bersesuaian dengan warna pada dinding (dalam kes ini, 2 warna menjadi pilihan).
2 – Minimakan Penggunaan Perabot
Seeloknya minimakan penggunaan dan bilangan perabot dalam rumah anda.
Sebab ini hanyalah rumah sewa anda dan bukannya rumah sebenarnya anda. Kecuali anda mampu memindahkan semua sekali 5-6 kali ke rumah lain sekiranya anda tidak menyewa lagi di sini.
Cukup sekadar punyai perabot yang penting sahaja di rumah.
Contohnya seperti sofa, meja makan, almari karbinet, set bilik tidur, peti ais, mesin basuh etc. Nampak macam sikit, tetapi perlukan 1-2x pemindahan menggunakan lori dan kosnya bukan murah.
Bagaimana dengan kos pemindahan sehingga 5-6x?
Lebih sesuai jika perabotnya boleh dibuka dan dipasang semula (Contoh : Perabot D.I.Y.) bagi memudahkan proses pemindahan menggunakan kereta sekaligus mengurangkan kos yang perlu anda tanggung kelak.
Lagi satu,
Jika perabot agak minima, maka anda tidak mengambil masa yang lama untuk mengemas rumah sekiranya ada tetamu yang tidak diundang tertiba cakap nak datang rumah.
3 – Beli Perabot Ikut Kemampuan
Beli perabot ikut kemampuan anda dan pasangan anda. Tak semestinya tiap bulan kena beli atau tiap kali tiba musim perayaan, perlu menukar perabot anda.
Anda boleh dapatkan perabot terpakai ataupun jualan murah / penghabisan stok. Macam kes Bro, kami beli set bilik tidur dari jualan murah dan ianya lebih murah beberapa ratus berbanding set bilik tidur yang kami survey di tempat lain.
Cukup itu sahaja perabot yang perlu ada dalam bilik tidur anda.
Nak hidupkan suasana, hanya perlu tukar cadar katil dengan warna yang berbeza (Kalau ruang tamu pula, hanya perlu tukar karpet atau kain langsir).
Kebanyakan set bilik tidur bukan sahaja murah bahkan mudah dipasang dan dibuka semula.
Tak perlu malu menggunakan perabot terpakai atau murah. Jika anda pandai mengubahsuainya, maka perabot tadi akan nampak lebih berharga.
Lagi satu,
Anda tidak akan merasa kerugian besar sekiranya tidak dapat bawa ia pindah bersama anda dan dijual pada orang lain.
Ada member Bro, dia dapat tawaran kerja ke luar negara. Maka segala perabot dalam rumah dia terpaksa tolak pada kenkawan.
Sebab nak hantar balik kampung, memang jauh dan dia tidak akan kembali tinggal di Kuala Lumpur bila anak dan isterinya dibawa pindah ke sana juga.
4 – Pilih Perabot Yang Kurang Makan Ruang
Kalau ikutkan, kini banyak perabot direka dengan ciri untuk menjimatkan penggunaan ruang.
Lebih-lebih lagi bila kebanyakan pemaju perumahan hadir dengan rekaan bilik yang agak kecil (lebih kurang macam stor je).
Lain la kalau anda menyewa ruang banglow.
Contoh macam perabut dalam gambar ini sesuai untuk bilik bacaan anda di rumah. Di mana adanya meja + kerusi, rak buku dan juga katil sekiranya anda selesa untuk membaca buku sambil baring.
Yang penting, ianya menggunakan ruang yang minima.
Baca : Idea Bilik Kecil Untuk Tampil Kreatif Dan Menarik.
Idea ini bukan sahaja boleh diadaptasi untuk bilik tidur, bahkan juga untuk ruang tamu dan juga dapur.
Paling penting, kebanyakan perabot seperti ini adalah jenis D.I.Y dimana anda boleh pasang dan bukanya sendiri.
5 – Jadikan Ia, Rumah Ku Syurga Ku (Home Sweet Home)
Ramai yang kurang ambil berat tentang perkara ini lebih-lebih lagi jika ianya rumah sewa.
Hias rumah dengan sesuatu yang mampu buat anda rasa tenang dan tak sabar untuk balik dan berehat dirumah. Lebih-lebih lagi bila penat seharian berkerja.
Hiasan rumah secantik mana tidak mampu menandingi senyuman yang menjadi hiasan pada wajah pasangan anda walaupun dia juga penat seharian bekerja sana seperti anda.
Maka, pilihlah perabot yang bersesuaian untuk anda luangkan masa bersama pasangan anda di ruang tamu sambil menonton tv, memasak, makan, berehat mahupun tidur.
Akhir sekali, anda perlu ingat.
Bukan anda berdua sahaja bakal mendiami rumah yang anda sewa ini. Jika anda rezeki, anda akan mendapat cahaya mata dan mereka juga akan membesar di rumah yang anda diami ini.
Maka jadikan ia juga selesa untuk mereka membesar.
Itu sahaja tip Hiasan Rumah Sewa bagi pasangan yang baru ingin memulakan kehidupan berumah tangga berdua.
Wow, bro dah jadi eric leong la skang. Cayalah
Boleh guna tips ni untuk decorate rumah sendiri nanti. Mudah-mudahan murah rezeki nak ada rumah sendiri.. amin
Mana tahu boleh ada rancangan Tv sendiri ke kan… lifestyle, fashion, beauty dan travel ramai blogger dah sapu dulu dah hahahha
taksabarnya nak ada rumah sendiri hehe cantiknya cat warna merah tu
Sama la… Tak sabar juga nak ada rumah sendiri. NIe pun tgh kawtim dengan owner rumah sama ada dia nak jual atau tidak rumah nie
Bagus lah tip ni bro sebab kita pun tak lama lagi tahun depan nak pindah rumah baru hehehehe tengah plan skarang ni nak cari dekorasi macam mana… Tq bro.
Pindah rumah baru as bujang or sebagai pasangan pengantin baru?
Boleh gak curi tips kat atas ni masa nk pikiq tukar hiasan rumah
Boleh kak, sila kan.. nak kahwin tak lama lagi ke kak? tahniah saya ucapkan he…23x
Dalam usaha nak mencantikkan bilik dulu..
Rsanya, dekat rumah ini, paling cantik adalah bilik permainan anak-anak he…23x
Giler best kalau dpt rumah sewa macam dlm gambar bro bg tu..aman hidup..nak duk rumah je la x yah keja..SA yg sewa bilik ni pun rasa x selesa dengan rumah sewa SA skrg..nak cari umah baru..bilik SA je best…luar dari bilik x best
Kan. nampak menarik if duduk berdua. Bila ada anak, risau semua berubah warna dan coraknya T-T
tengah berusaha nak mencantikkan rumah pusaka yg dtgglkn lebih 8thn ni..huhu..byk nak kena spent ni..
Tiada benda yang percuma di dunia ini. Kenkadang yang kita nampak yang dispent adalah duit sedangkan kenyataannya adalah masa.
Tak pe, take your time ;)
wah… tips simple dan praktikal. insyaAllah bro doakanlah saya dapat beli rumah sendiri dalam masa terdekat ni. mengidam nak decorate lawa-lawa. hihi
Doakan Bro juga dapat beli rumah sendiri T-T
tips yang bagus.. semangat nak mendeko memang membuak2 tapi bila mengenangkan kos perabot yang semakin tinggi skang ni kene pandai susun atur sendiri apa yang ada je..
Apa susah… Boleh je buat perabot D.I.Y… Tapi.. nak buatnya tak beberapa nak reti hahahaha
dulu waktu sewa rumah org mesti ada tenancy. bagus letak syarat sbb bukan sebarangan kita nak tebuk dinding cat bagai kecuali dlm persetujuan owner..
gd tip utk penyewa
Yup betul tue.
Tapi ada yang buat rumah sewa macam rumah dorang sendiri.
Nice tips .
Part paling suka deko bilik kita je wakkkkkk…. hikk… tak sabar nak ada rumah sendiri,eh
Ke tak sabar nak kahwin nie mek onie?
wah lawanya…. boleh ni share kat abang saya memandangkan dia pun bru sewa and baru je kawin
Apapun..ukur baju di badan sendiri..
N beli item / perabot yg ada value mcm ikea..sbb rmai penggemar brangan Ikea…so bila buat garage sale..sat ja lincin
Wah, menarik tips ni. Setuju sangat dengan perobot yang tak makan ruang tu, be minimalist… slalunya kalau mak saya dia akan pilih yang paling besar, tapi saya lebih suka simple….. boleh simpan tips nie.. thanks for sharing.
mak pilih yang besar ada sebabnya… Nanti untuk kegunaan menantu dan cucunya juga hahahah untuk memanjat or selfie dekat rumah hahaha gurau je
Mantaf gan makasih banyak ilmunya :)
Thanks for the tips. I will share it with my friends who are getting married this year.
No problem jane…
Betul tu, yg penting selesa dan ikut kemampuan kami. Home sweet home kan… :)
terbaik perkongsian pasal rumah asalkan kita selesa