Korang berbuka apa hari ini?
Semalam Bro berbuka dengan Subway. Dah lama mengidam, baru tergerak hati nak order Subway untuk berbuka.
Lebih-lebih lagi bila tahu Subway Malaysia tengah mengadakan kempen “Discover and Pay Forward” sepanjang bulan Ramadan ini bagi para gelandangan dan orang miskin. Tidak lupa juga kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membasmi Covid-19 dari merebak.
Melalui kempen “Discover and Pay Forward” ini, pihak Subway Malaysia akan menyumbangkan 7000 makanan kepada mereka melalui setiap sandwic Subway yang dibeli bermula dari 11 Mei hingga 23 Mei 2020.
Inisiatif pemberian untuk masyarakat, dengan kerjasama Coca-Cola adalah yang terbaru dalam satu siri aktiviti untuk menyokong mereka yang paling teruk terkesan impak dari krisis Covid-19.
Untuk pengetahuan korang,
Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac, Subway Malaysia telah menyediakan lebih dari seribu makanan Subway kepada barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, para pelajar yang kehilangan tempat tinggal dan terkandas di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan masyarakat kurang bernasib baik melalui badan bukan kerajaan, Yellow House KL.
Kempen ini diadakan bersempena dengan pelancaran menu Subway Malaysia yang disegarkan dengan 12 ramuan dan rasa serba baru.
Menu segar Subway Malaysia mencipta keseimbangan yang hebat antara kegemaran klasik Subway terkenal dengan kombinasi rasa baru, seperti Bulgogi Chicken dengan keju mozzarella, Breaded Chicken Cutlet dengan sos Mayo Pedas dan Smoky Chicken dengan sos Lada Panas.
Untuk mengekang penyebaran Covid-19 lebih efektif, Subway Malaysia memastikan kesihatan dan keselamatan semua pekerja dan tetamunya dengan prosedur kesihatan, keselamatan, dan kebersihan tambahan yang sudah ketat.
Ok, Bro berbuka dulu ya…!!!
By the way, Korang boleh mengambil bahagian dalam kempen “Discover and Pay Forward” Subway Malaysia dari 11 Mei hingga 23 Mei 2020 dimana-mana cawangan restoran Subway atau menggunakan perkhidmatan penghantaran melalui Foodpanda dan GrabFood.
Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari https://subwayisfresh.com.my/.
Murah rezeki untuk Frontlines tetapi usaha mereka tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Semoga Allah SWT memberi perlindungan dan keselamatan.