Ada tak peminat daging Wagyu di sini?
Bro nak bagitau berita gembira buat anda, 12 cawangan Tony Roma’s seluruh Malaysia akan menyajikan hidangan menu Wagyu Feast dari 1 Mac hingga 30 April 2019.
Pastinya daging Wagyu yang terkenal dengan paras lemak intramuskular yang tinggi (juga dikenali sebagai marbling), memberikan daging lembu teksturnya yang lembut menjadi pilihan anda di Tony Roma’s kali ini.
Bagi hidangan tempoh terhad ‘Wagyu Feast’ terdiri dari :-
- Wagyu Ribeye,
- Wagyu NY Strip,
- Wagyu Burger
- Wagyu Steak and Wild Mushroom Flatbread
Untuk maklumat lanjut mengenai Tony Roma’s Wagyu Feast, anda boleh layari www.tonyromas.com.my
Tony Roma’s Wagyu Feast
Tony Roma’s Wagyu NY Strip | RM164.05
Menu Tony Roma’s Wagyu NY Strip didatangkan dengan 2 variasi side dish untuk dinikmati bersama set daging wagyu yang dipotong teliti dengen ketebalan sempurna untuk rasa tekstur daging yang hebat.
Daging Wagyu NY Strip ini, berbaloi untuk anda nikmati dimana dagingnya agak tebal, berjus dan enak dimakan tanpa sebarang sos. Setiap kunyahan boleh terasa keenakan jusnya.
Tony Roma’s Wagyu Ribeye | RM164.05
Ramai yang tidak dapat membezakan antara steak dengan Ribeye. Bagi yang biasa menikmati Ribeye mungkin tiada masalah untuk membezakannya.
Sekiranya anda kurang pasti / arif, anda boleh ke Tony Roma’s, dimana disini memang disajikan wagyu ribeye yang dimasak sempurna untuk mengekalkan rasa dan kelembutan daging lembu.
Bukan mudah untuk memasak ribeye, tapi Bro sarankan anda memilih cara masakan panggang ‘medium’ yang mampu mengekalkan kemerahan dan kelembutan daging.
Tony Roma’s Wagyu Burger | RM55.00 (Fav Bro)
Pernah tak korang makan burger berdagingkan wagyu?
Agak rare disitu, tapi apa salahnya sekali sekala rasa burger wagyu di Tony Roma’s yang Bro sendiri masukan dalam senarai menu kegemaran bro.
Wagyu Burger ini sangat enak dinikmati sayuran (hirisan salad, tomato, timun masam dan mayo), keju dan roti. Disertakan sekali kentang goreng.
Tony Roma’s Wagyu Steak and Wild Mushroom Flatbread | RM55.00
Hepp…!!! Jangan sesekali mengatakan ada pizza di Tony Roma’s. Ia merupakan adunan roti bersama hirisan daging stik wagyu di atasnya, dilengkapkan lagi dengan keju (meleleh), cendawan dan tomato menghasilkan satu hidangan yang menarik dan sempurna.
Salah satu cara terbaik untuk menikmati wagyu di Tony Roma’s