IJM Land Berhad kembali dengan acara yang amat dinantikan oleh semua pelari, yakni IJM Land Half Marathon 2019 yang akan berlangsung pada 4 Ogos 2019 di Dataran Centrio, Seremban 2.
Acara tahunan ini telah bermula sejak 2012, mensasarkan 10,000 penyertaan dari kalangan pelari dan juga masyarakat komuniti Seremban 2 untuk edisi kali ini.
Tidak lupa juga penyertaan dari pelari luar yang tertarik dengan kejayaan penganjuran IJM Land Half Marathon selama 8 tahun ini dengan tagline: ‘Run Together, Bond Stronger’.
Untuk tahun ke-4 berturut-turut, dana terkumpul dari IJM Land Half Marathon 2019 akan disalurkan kepada 2 badan amal, Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA).
IJM Land Half Marathon 2019 akan menawarkan kategori 21KM (Half Marathon) dan 12KM untuk lelaki dan perempuan berumur 18 tahun ke atas, serta remaha lelaki dan perempuan berumur 13 tahun ke atas.
Terdapat juga acara 5KM Fun Run untuk individu berumur 18 tahun ke atas.
Pengacara TV, Selebriti serta Pembaca Berita, Owen Yap akan menyertai half marathon ini berlari bersama peserta yang lain untuk memberi semangat dan motivasi untuk mereka menamatkan larian di garisan penamat.
Tidak dilupakan, acara ini akan menormatkan pelari lelaki / perempuan terpantas dalam kategori 21KM untuk menerima Trofi Cabaran IJM Land Half Marathon.
Bagi peserta yang layak (mereka yang menamatkan larian) bagi setiap kategori akan menerima pingat penamat dan juga goodie bags. Terdapat juga cabutan bertuah dengan hadiah bernilai RM30,000 untuk anda menangi.
Peserta yang menamatkan larian 21Km akan menerimaA custom- made Ultron Full Sublimation Finisher Tee.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran IJM Land Half Marathon 2019, anda boleh layari www.ijmlandrun.com atau datang sendiri ke Pejabat IJM Land’s Seremban 2.