October 9, 2024

Uji Bakat Over The Top Musim Ke-2 Bersama Kelab Simpanan Cheeky MBSB

Over The Top 2013
Over The Top kembali lagi buat musim kedua membawakan program realiti TV yang memberi cabaran kepada kanak-kanak dalam menguji kekuatan, kemahiran dan keupayaan untuk membuat keputusan yang penting.

Ianya dianjurkan bersama Kelab Simpanan Cheeky MBSB yang dibawa oleh Island Talk Asia.

Uji bakat ini telah diadakan pada 29 Jun 2013 dan telah mencipta rekod baru dimana lebih 250 kanak-kanak hadir untuk uji bakat di Sri Pentas TV3, Bandar Utama berbanding tahun lepas, hanya 153 peserta sahaja.

Boleh dikatakan peserta yang hadir datang dari seluruh pelusuk Malaysia dimana seawal 7 pagi mereka sudah hadir bersama ibubapa mereka.

Juri Over The Top

Juri pula terdiri daripada selebriti seperti Najwa Latiff, Elfira Loy, selebriti internet – Melakaboy dan penampilan istimewa Mia Sara.

Peserta diadili berdasarkan personaliti, bakat dan watak.

Dari ujibakat ini, hanya 18 peserta sahaja dipilih untuk menyertai Over the Top 2 dan berpeluang untuk memenangi trip tajaan penuh ke Disneyland dan Ocean Park Hong Kong, termasuk simpanan RM 30,000.00 ke dalam akaun Kelab Simpanan Cheeky.

Over the Top 2 akan ditayangkan dalam 8 episod setiap minggu b di TV3 bermula bulan Oktober hingga Disember 2013. Maklumat penuh mengenai Over the Top 2 anda boleh layari www.overthetop.my

20130716-233734.jpg
Bersama salah seorang juri yang juga merupakan rakan blogger – Michael Yip. Dengar cerita ada beberapa blogger juga turut dijemput menjadi juri.

Bro? Hanya datang usha uji bakat je. Tak layak jadi juri lagi. Kena tunggu jadi Selebriti Blogger kot

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Uji Bakat Over The Top Musim Ke-2 Bersama Kelab Simpanan Cheeky MBSB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *