Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 pada 25 September 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Bertemakan “Myths and Folkore” (Mitos dan Kisah Rakyat), Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 bakal menampilkan persembahan jalanan yang unik berdasarkan kisah-kisah mitos dan lagenda rakyat yang terkenal di setiap negeri di Malaysia.
Kisah mitos, lagenda dan cerita rakyat adalah salah satu bentuk pemasaran bagi sesuatu destinasi di mana kisah-kisah tersebut memberikan ciri unik dan istimewa yang menarik minat pelancong untuk mengunjungi tempat yang disebutkan dalam kisah lagenda tersebut.
Antara kisah-kisah mitos dan lagenda yang dipilih untuk Citrawarna@Kuala Lumpur 2016;-
- Kedah – Merong Mahawangsa
- Pahang – Lagenda Tasik Chini
- Selangor – Upu Chendera
- Negeri Sembilan – Sang Kelembai
- Johor – Puteri Gunung Ledang
- Terengganu – Bukit Puteri
- Melaka – Hang Tuah
- Perlis – Jentayu
- Kelantan – Cik Siti Wan Kembang
- Pulau Pinang – Iktisyaf (Pertemuan)
- Perak – Anak Panah Perak
- Sabah – Kuminodun Puteri Nabahu
- Sarawak – Tugau
Selain itu, Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 juga turut mempamerkan persembahan daripada Kaum Cina, India, Siam dan persembahan daripada Orang Asli.
Citrawarna@KL 2016 menawarkan dua segmen utama iaitu segmen pertama, Chillax Zone yang akan berlangsung selama dua (2) hari dari 24 September (Sabtu) hingga 25 September 2016 (Ahad) bermula jam 4.30 petang hingga 11.00 malam.
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk Chillax Zone termasuklah Buskers, Photowall, Coffee Corner, KL Food Truck Fiesta, permainan rakyat, pameran dan jualan oleh rakan-rakan kerjasama strategik Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 dan sebagainya.
Segmen kedua berlangsung pada 25 September 2016 (Ahad) iaitu persembahan mitos dan kisah rakyat yang akan bermula jam 8.00 malam dan diikuti dengan persembahan konsert oleh artis-artis tempatan seperti Ayda Jebat, Datin Alyah, Drama Band, Aweera, Sissy Iman dan Payslip.
Bagi kemudahan para pengunjung, perkhidmatan LRT akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi pada 25 September 2016.
Citrawarna telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1999 untuk mempromosikan dan meraikan kesenian, warisan, budaya dan alam semulajadi serta keunikan Malaysia melalui persembahan lampu, muzik, tarian dan bunga api yang memukau di waktu malam.
Bicara Bro : Teringat satu ketika dulu terlibat dengan Citrawarna pada tahun 2001 – 2003.
saya baru dengan tentang gaya travel, apa itu perusahaan yang menyediakan perjalanan?
suka tengok citrawarna tapi belum lagi berpeluang tengok dekat2.. selalu tengok di tv je..
mnarik..
kisah2 mitos dan lagenda zaman dulu2 terbaik dlm citrawarna kali ni..
wiih… good. pasti sangat menarik sekali tema yang disajikan. I Like It
menarik sekali untuk melihat pertunjukan itu. Malaysia trully asia :)
Myth and Folklore! Weh,, temanya mantap sekali… :)
mantap sekali konsepnya. good malaysia