Tahun hadapan (2019), kedua-dua anak daddy ini akan mula bersekolah, maka persiapan persekolahan mereka perlu disediakan.
Sewaktu Bro berada di Big Aeon, Batu Pahat untuk beli peralatan persekolahan mereka, Bro terlalu dihadapan permis Bata yang sedang membuat promosi Back To School untuk kasut sekolah terpilih.
Memang kami sekeluarga berhenti terus di hadapan permis Bata berkenaan.
Bro usha banner….
Bro usha kasut sekolah yang dipamerkan di rak…
Bro usha Puan Isteri, sambil jeling pada anak…
Puan isteri, kata On.. Maka kami sekelurga masuk ke dalam permis Bata dengan niat nak survey dulu kasut-kasut yang ada dijual disini. Kot2 ada yang berkenan dan berbaloi untuk membelinya.
Bata Back To School – Lebih Penjimatan Untuk Kasut Sekolah di Bata
Sempena musim cuti sekolah ini, Bata Malaysia mengadakan promosi Back To School dengan menawarkan beberapa kasut sekolah berkualiti untuk kegunaan pada sesi persekolahan 2019.
Dalam banyak-banyak promosi yang mereka buat, Bro tertarik dengan promosi dimana terdapat lebih penjimatan sekiranya beli 2 pasang kasut sekolah sama ada kasut sekolah hitam, mahupun yang putih.
Disebabkan kedua-dua anak Bro mula bersekolah tahun hadapan. Maka ini yang terbaik buat mereka berdua.
Dari pengalaman sewaktu si akak bersekolah tahun ini.
Pemilihan kasut sekolah terbaik dan bersesuaian amat perlu diambil berat.
Sebabnya,
Kebanyakan masa di sekolah bukan dihabiskan di dalam kelas. Terdapat juga aktiviti diluar kelas, seperti bermain di padang.
Maka perlu pilih kasut yang senang dipakai dan mudah dibersihkan.
Lagipun, si akaknya suka bergaya bila ke sekolah.
Adiknya? Lagi kuat bergaya… Jenuh nak puaskan hatinya yang suka bergaya. Selamat masa beli kasut di bata, dia terus ambil je, tak memilih sangat.
Bro beli Kombo Kasut Putih pada harga RM79 untuk 2 pasang kasut sekolah hitam. Dekat situ je, dah jimat RM20. Sebab memang bajet RM100 untuk kasut sekolah mereka berdua.
Baki tue, boleh disalurkan kepada bajet-bajet yang memerlukan.
Plan nak beli beg sandang North Star yang dijual pada harga RM39 (Harga asal RM59.99) dengan pembelian dua pasang kasut sekolah. Tapi, beg sekolah mereka berdua dah beli awal-awal dahulu.
Jika nak beli, kena beli 2… Kalau tidak, mereka berdua nie akan berebut pula nanti.
Ada juga ternampak kasut sekolah bertemakan Hello Kitty dan Ejen Ali. Bro takut nak beli, risau hilang pula dekat sekolah mereka nanti. Biasalah, kedua-duanya mempunyai peminat dikalangan kanak-kanak seusia mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Back To School dari Bata, anda boleh layari laman web mereka https://www.bata.com.my/back-to-school/ atau Facebook Bata dan Instagram @batamalaysia
Shomel la… Mcm kembau je dua bradik ni