September 23, 2023

Riuh Raya 2017 Bersama Akim & Stacy di IJM Land Seremban 2

‘Riuh Raya 2017’ at IJM Land Seremban 2
IJM Land bakal menganjurkan ‘Riuh Raya 2017’ – rumah terbuka dan sambutan istimewa hari raya pada 15 Julai 2017 (Sabtu) bertempat di IJM Land Seremban 2 Sales Gallery.

Sambutan yang bermula pada pukul 3 petang ini bakal diserikan lagi dengan persembahan beberapa selebriti terkenal Malaysia.



Tetamu yang hadir juga bakal dihiburkan dengan beberapa aktiviti dan hadiah menarik untuk dimenangi. Bagi kanak-kanak pula, mereka bakal menerima duit raya dari pihak IJM Land sendiri.
Akim Stacy IJM Land Seremban 2

Menambah lagi kemeriahan Riuh Raya 2017 pastinya persembahan ‘live’ oleh selebriti popular, Akim & the Majistret dan Stacy buat semua pengunjung.

Acara juga turut diceriakan oleh Adam OA dan Zulin sebagai “celebrity emcees for the day”.

Berita gembira buat bakal penghuni Seremban 2.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati rebat sebanyak RM10,000 untuk hartanah terpilih sewaktu ‘Riuh Raya’ ini nanti. Dengan beberapa aktiviti tahunan yang dijayakan di Seremban 2 oleh pihak IJM Land menjadikan komuniti disini antara komuniti idaman anda.

Maklumat lanjut mengenai ‘Riuh Raya 2017’, anda boleh hubungi IJM Land Seremban 2 Sales Office di 1 800 222 456.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Riuh Raya 2017 Bersama Akim & Stacy di IJM Land Seremban 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *