Salah satu persoalan yang tengah berlegar dalam kepala ini selepas terbaca artikle lama – Siapa Aku Jika Aku Bukan Blogger?
Kalau ikutkan aku seorang yang suka bercerita, tetapi tak semua cerita boleh disampaikan dari mulut. Kadangkala apa yang kita bicarakan mudah disalah tafsirkan oleh orang lain.
Apa yang kita perkatakan juga mungkin berbeza tiap kali ia dibicarakan.
Sampai satu tahap, kita sendiri terlupa apa point sebenar yang ingin kita perkatakan dan nak disampaikan (Lebih-lebih lagi orang macam aku ini, kalau dapat bercakap memang sampai lupa nak stop dekat mana).
Sesiapa yang pernah jumpa dan bersembang dengan aku, maybe tahu aku seorang yang macam mana.
Gambar diatas : Bersama rakan blogger Aloy Paradoks yang dulu merupakan pengiat teater (pernah belakon drama / filem) tetapi kini punyai syarikat penerbitan buku indie sendiri.
Oleh itu, dari sekadar dibicarakan, elok jika ia dicatatkan untuk bacaan awam yakni di platform blog.
Artikle ini Bro letak dalam kategori Luahan Hati Seorang Blogger Bahagian 49. Nampak tak banyak benda sebenarnya yang Blogger luahan selama ini Bro tulis.
Aku Cerita Dekat Blog. Ada Ke Orang Nak Baca Cerita Aku?
Artikle kali ini berdasarkan artikle dari Blogger Mr. Hanafi – Kisah Benar Seorang Storyteller Blogger.
“Storyteller ialah orang yang bercerita. Penceritaan pula adalah storytelling.Maksudnya lebih kurang begini:
Storytelling adalah teknik penulisan gaya bercerita.Kita bercerita dan pembaca pula mendengar (membaca). Boleh menggunakan watak sendiri atau watak rekaan.Begitu juga jalan ceritanya sama ada betul-betul berlaku atau rekaan sahaja. Apa yang cuba untuk disampaikan adalah mesej” – Mr. Hanafi.
Tak sangka bro hampir terlupa tentang golongan blogger seperti ini.
Memang ada, tetapi ramai yang tak sedar mereka berada atau pernah ada dalam golongan ini.
Dulu banyak blog yang menerapkan storyteller sebagai gaya penulisannya.
Walaupun blog setahun sekali update,
Tetapi bila update, beratus komen diterima dalam masa sejam. Belum lagi yang ternanti-nantikan artikle yang seterusnya dari penulis blog tersebut.
Hingga ada yang hidup macam tak tenang jika tak dapat baca artikle dari blog itu secara berterusan.
Dulu ada seorang rakan blogger, yang suka menulis blog seperti storyteller secara konsisten, dan setiap artikle ada kaitan dengan artikle sebelumnya.
Cerita pasal kerjaya, hobi, cinta, permasalahan orang lain, masalah dunia semua dari perspektif dia hinggakan ada rakan sekerja Bro (waktu itu) tertarik dan jatuh hati dengan si pemilik Blog itu.
Hinggakan Bro terpaksa buat blink date untuk mereka berdua.
Akhirnya mereka bertemu, cuma… sampai situ je la… (Korang ingat semua cerita macam drama TV3 pukul 7 malam ke?)
Dia juga pernah bercerita dihubungi oleh orang yang dia sendiri tidak kenal melalui sms mahupun email semata-mata nak bertanyakan tentang kisah selanjutnya tentang ‘watak’ yang beliau ceritakan dalam blog.
Wowww…!!!
Mahau kalau dia cerita pasal produk ke apa ke, lagi cepat laris kot.
Tetapi kini, hampir kebanyakan blog yang wujud disebabkan fenomena copy paste atau cite viral semata-mata nak kejar trafik, kejar duit.
Ada juga yang menulis dengan memfokuskan kepada SEO hingga artikle yang ditulis hilang jiwa dan tiada rasa nak baca lagi, lagi dan lagi.
Kini muncul pulak blogger kaki event hahahaha
(Asik tulis blog pasal event je, macam life hidup dia pergi event je semata-mata lepas tue demand nak ada token / payment sedangkan blog ke laut).
Bicara Bro : Masih ada beberapa blog yang mengamalkan gaya penulisan StoryTeller.
Klient lebih berminat dengan mereka, rate pengiklanan juga agak tinggi dan bersifat individu. Dan Bro tak pernah nafikan, tetapi ada juga yang nafikan bila tahu Bro dapat rate berganda-ganda lebih banyak dari dia.
Rezeki setiap orang adalah berbeza.
Terima kasih bro..
Terkeluar pulak nama saya dalam blog super glamer nie..
Sekarang ini dah pelbagai gelaran yang ada..
Kalau jenis kaki event pun ok juga
Alamak, nak buat macam mana… Artikle ini pun diinspirasikan oleh anda, bukan orang lain.
Betul tu.. setuju sgt, apatah lagi luahan dari seorng blogger berpengalaman. Memang seronok berblogging klu minat.. mcm2 nak ditulis, macam2 berkaitan blogger nak tau, nak join… kdg2 bila terlalu banyak nak tulis smpi tak tau mana nak mula ditulis pula haha.. Thanks sharing abam Bro :)
Tiada la berpengalaman sangat. Masih cuba memperbaiki mana-mana kekurangan yang ada.
Alhamdulillah, gaya penulisan sekarang hampir ikut gaya penulisan idola setaman. Bagus budak tue tulis blog….
Ni yg terkesan bila baca luahan hati otai2 blogger ni. Nak buat org terkesan bila membaca story kita tu memang susah. Kalau boleh memang hebat tu. Dan ana masih jauh ke bawah untuk jadi seperti itu. Cuma berharap perkongsian dari Ana dpt beri manfaat pada org yg membaca walaupun hanya sedikit.
Tak de la jauh kebawah sangat. Setiap orang ada berada dtahap berbeza dalam kategori yang berbeza.
So wat lek wat pis..
berblog sahaja macam biasa….
nice sharing…terinspirasi den..kalau beratus komen dlm masa sejam memang rasa best je menullis blog ni..
nak buat macam ne bro nak survive punya pasal.. blog saya dah jadi blog drama dah nih..haha
jadi terisnpirasi juga…, soalnya saya juga suka cerita-cerita..
saya suka cerita-cerita tapi nggak ada yang dengar.. jadi saya bikin blog.. haha.., terinspirasi banget saya..semangat terus ngeblognya mass..
Yap.
Dah tak ramai.
Tak tahu depa pegi mana.
suka artikel ni. masih dalam proses mencari keunikan identiti juga…bertahun makan masa…huhuhu
^_^!
salam ramadhan!
Sama-sam.. sampai masanya nanti, pasti temui keunikan identiti sendiri ;)
Si mas ini cara penyampaiannya beda beut serasa seru campur kocak dan pastinya penuh inspirasi.
Terima kasih, berbeda bangat bukan? hahahaha